Jurutera Jual Minyak Ganja

Jurutera Jual Minyak Ganja Yang Pernah Mendapat Perhatian Dr Mahathir, Terlepas Hukuman Gantung

Jurutera Jual Minyak Ganja Yang Pernah Mendapat Perhatian Dr Mahathir, Terlepas Hukuman Gantung.

Malaysia merupakan sebuah negara yang masih menjatuhkan hukuman mati bagi jenayah bersabit dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952, yang mana individu yang ditangkap bersama dengan ganja melebihi 200gram akan didakwa di bawah penyeludupan dadah yang membawa kepada hukuman mati.

Seorang jurutera yang menjual minyak ganja bagi tujuan perubatan terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan atas dua pertuduhan mengedar dadah.

Bagaimanapun, lelaki yang dikenali Muhammad Lukman Mohamad tetapi dikekalkan tuduhan mengikut Seksyen 9 Akta Dadah Berbahaya (ADB).

Dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi tuduhan memiliki dadah, yang akan berjalan serentak, yang mana hanya perlu menjalani pemenjaraan selama lima tahun.

Seksyen 9 ADB memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan atau denda sehingga RM20,000, atau kedua-duanya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Ogos 2018 mendapati Lukman bersalah atas tiga tuduhan mengedar 3,010mm delta 9 Tetrahydrocannabinol, iaitu ekstrak kanabis, 1,422g esktrak sama, dan 279.81g kanabis.

Jurutera Jual Minyak Ganja

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Mahkota, Banting pada 7 Disember 2015.

Kes jurutera berusia 31 tahun itu, turut menarik perhatian pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri pada masa itu, Dr Mahathir Mohamad, yang berpandangan keputusan hukuman tersebut perlu disemak semula beberapa minggu selepas hukuman itu dijatuhkan pada September 2018.

Suatu petisyen turut dilancarkan menyeru beliau dibebaskan. Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, turut membangkitkan mahu membuat rayuan terhadap kes ini yang mengatakan Muhammad Lukman hanya membantu pesakit dengan penyakit kronik.

Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati bagi dua kesalahan pertama tetapi mengurangkan tuduhan ketiga kepada pemilikan.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Lukman, Hisyam Teh Poh Teik yang menjelaskan mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes itu bahawa kedua-dua pertuduhan mengedar dadah tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada analisis kuantitatif yang dilakukan terhadap bahan tersebut, dan juga kesilapan dalam menyerahkan bahan bukti kepada mahkamah.

Peguam juga berkata, Lukman tidak patut dituduh mengikut ADB kerana beliau hanya menjual bahan berkenaan bagi tujuan perubatan.

BACA: Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di Amerika Syarikat

Sumber: BenarNews