‘Sabtu Bersama Bapak’ Filem Indonesia Bikin Leleh

‘Sabtu Bersama Bapak’ Filem Indonesia Bikin Leleh

Ditayangkan pada 5 Julai 2016, filem Indonesia, Sabtu Bersama Bapak menjadi salah sebuah filem pilihan yang mampu buat penonton menangis.

Diangkat daripada novel dengan judul yang sama karya Adhitya Mulya, filem ini mengisahkan mengenai Gunawan (Abimana Aryasatya) bersama isterinya, Itje (Ira Wibowo) dan dua anaknya yang masih kecil, Satya dan Cakra.

‘Sabtu Bersama Bapak’ Filem Indonesia Bikin Leleh 2

Hidup mereka berubah apabila Gunawan mengetahui bahawa beliau hanya tinggal satu tahun sahaja lagi untuk hidup.

Gunawan dan Itje memutuskan walaupun dia sudah meninggal dunia, mereka akan memastikan kedua-dua anaknya dapat bertemu ayah mereka sekali seminggu iaitu pada hari Sabtu.

Satya dan Cakra membesar dengan pesanan ayah mereka melalui rakaman video.

‘Sabtu Bersama Bapak’ Filem Indonesia Bikin Leleh 1

Yang selalu Gunawan pesan:

“Mungkin Bapak tidak dapat duduk dan bermain di samping kalian. Tapi, Bapak ingin kalian tumbuh dengan Bapak di samping kalian. Ingin tetap dapat bercerita kepada kalian. Ingin dapat mengajarkan kalian.”

Tonton trailer filem Sabtu Bersama Bapak: