Lelaki Ini Jana Pendapatan Lebih RM4,000 Seminggu Hanya Dengan Beratur Sahaja

Lelaki Ini Jana Pendapatan Lebih RM4,000 Seminggu Hanya Dengan Beratur Sahaja

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lelaki Ini Jana Pendapatan Lebih RM4,000 Seminggu Hanya Dengan Beratur Sahaja

Tahukah anda di dunia ini ada yang mampu menjana pendapatan dengan cara yang unik? Antaranya beratur.

BACA: Bagaimana Lelaki Ini Mampu Jana Pendapatan Dengan Tidak Berbuat Apa

Percaya atau tidak, seorang lelaki, Robert Samuel berjaya menjana pendapatan sekitar $1,000 dalam masa seminggu dengan hanya menawarkan khidmat beratur dan menunggu.

Digelar sebagai tukang beratur profesional, Robert memberitahu beliau menunggu apa sahaja, daripada penjualan sampel hinggalah tiket dengan bayaran $25 untuk jam pertama dan $10 untuk setiap setengah jam tambahan.

Lelaki Ini Jana Pendapatan Lebih RM4,000 Seminggu Hanya Dengan Beratur Sahaja 1

Mula menceburkan diri dan berjaya men jana pendapatan dalam bidang beratur ini, Robert mula menjadi tukang beratur semasa beliau kehilangan pekerjaannya sebagai agen jualan.

Pada ketika iPhone 5 keluar memasuki pasaran, Robert memasang iklan di Craiglist dengan menawarkan khidmat menunggu berbayar $100.

Namun beberapa jam sebelum beliau membeli iPhone, pelanggan Robert membatalkan pembelian namun tetap memutuskan untuk membayar beliau.

Pada awalnya Robert sudah bersedia untuk meninggalkan barisan tetapi akhirnya memutuskan untuk menjual semula tempatnya.

Lelaki Ini Jana Pendapatan Lebih RM4,000 Seminggu Hanya Dengan Beratur Sahaja 2

Menjelang jam lapan pagi keesokan harinya, Robert berjaya memperoleh $325 selepas berjaya menunggu selama 19 jam. Malah beliau turut mengajak rakan-rakannya untuk beratur dan menjual tempat mereka selain daripada menjual peti susu kepada mereka yang bosan berdiri.

Mendapati perniagaan ini sangat menguntungkan, Robert akhirnya menubuhkan sebuah syarikat sampingan, Same Ole Line Dudes (SOLD) pada Disember 2012.

Sekiranya mereka mendapat tempahan, ianya akan diberikan kepada mana-mana rakannya yang mahukannya.

Walaupun tidak lagi digaji untuk acara-acara besar, Robert tetap akan pergi ke kawasan yang terdapatnya orang menunggu untuk mempromosikan khidmatnya.

“Anda panas dan letih? Tidak mahu melakukan ini lagi? Saya akan melakukannya untuk anda.”

Sumber:

  1. Business Insider
  2. John Mohamed