
Penuh Sampah & Berbau Busuk, Flat Di Penang Ini Digelar Sebagai Yang Paling Kotor
Sejak beberapa tahun lalu, nama sebuah flat di Pulau Pinang menjadi sebutan masyarakat Malaysia kerana keadaannya yang terlampau kotor.

Biarpun beberapa kali gambar keadaan Flat Teluk Indah, Perai ini menjadi tular di sosial media dan mendapat kritikan netizen, penduduk di situ seakan lali dan selesa dengan kehidupan mereka di sana kerana keadaannya tidak pernah berubah.
Lampin bayi, lampin wanita dan sisa makanan
Plastik sampah, sisa makanan, perabot dan barangan elektrik yang dibiarkan di koridor dan kawasan bawah flat merupakan pemandangan biasa di sana.
– Lif ada 3, fungsi cuma 1 (19 tingkat)
– Tangga takdak railing sebab reput.
– Air overflow menitis macam hujan.
– Naik tangga ke rumah gelap je, gloomy.
– Rumah yang aku visit cuma 500sqft, 2 family tinggal bersama. pic.twitter.com/UXNgDoE3ya— Hahn Zulkifli 🕶 (@hahnzulkifli) November 13, 2020
Seorang penduduk tempatan, Zaharah Najib, 61 tahun yang sudah lapan tahun di sana mendedahkan beliau sebagai penduduk memang malu dilabel macam-macam oleh orang ramai.

Malah beliau katanya sudah lali dengan keadaan tersebut dan tidak dapat melakukan apa-apa kerana masalah sama tetap berulang walaupun pelbagai kempen kebersihan dan gotong royong dilaksanakan selain daripada usaha kerajaan menghabiskan RM2 juta untuk kerja-kerja menyelenggarakannya dalam tempoh 10 tahun lalu.

Seawal lima pagi sudah kedengaran bunyi sampah dibuang dari tingkat atas dipercayai oleh penduduk warga asing sebelum mereka keluar bekerja.
Punca: Sikap pemalas dan tidak bertanggungjawab
Isu ini bukanlah satu isu yang baru, ia berlaku akibat daripada sikap pemalas dan tidak bertanggungjawab segelintir penduduk sehingga menyebabkan kesannya terpalit kepada seluruh penduduk.

Biarpun tong sampah besar disediakan, namun ada sesetengahnya memilik untuk mencampak sampah ke bawah sehingga menyebabkan bahaya kepada penduduk lain.

Sumber:
Trending now



