
Nampak Sempit Dan Kecil, Tapi Rumah Ini Dijual Dengan Harga RM5.3 Juta
Nampak Sempit Dan Kecil, Tapi Rumah Ini Dijual Dengan Harga RM5.3 Juta
Berjalan tanpa menoleh kiri dan kanan, mungkin anda tidak akan perasan. Terletak di antara bangunan pejabat dan kedai salun pendandan rambut, rumah bercat biru gelap ini digelar rumah paling sempit di London.
Rumah yang terletak di Shepherd Bush ini mempunyai lima tingkat, tetapi hanyalah berkeluasan 5 kaki 6 inci sahaja.
Namun, apa yang menjadi perhatian tentang rumah ini adalah ia akan dijual dalam pasaran hartanah dengan harga 950,000 pound (RM5.3 juta). Ya, seperti membeli rumah banglo mewah di sini.
Kenapa harganya begitu mahal untuk sebuah rumah sesempit dan sekecil ini?

Menjawab persoalan itu, Davis Myers, seorang penolong pengurus jualan ejen hartanah di Winkworth yang menjual bangunan mengatakan rumah itu bernilai sedikit mahal kerana ia merupakan sebahagian keunikan dari sejarah London.
Bangunan sempit itu, pada awalnya merupakan sebuah kedai topi jenama Victoria dengan simpanan stor barang dagangan dan tempat tinggal di tingkat atas, dibina pada akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20.
Bagi mengimbau masa lalu, rumah itu masih memiliki reka bentuk kaca kuno dengan lampu berbentuk topi bowler.

Katanya, dimensi saiz setiap tingkat rumah tersebut adalah berbeza dengan bahagian dapur di tingkat paling bawah merupakan ruang paling sempit.
Dapurnya pula di hujung tingkat bawah adalah tempat paling sempit di rumah itu, ia terbuka ke ruang makan yang hampir dua kali ganda dari ukurannya.



Sesempit rumah itu juga memiliki taman seluas 16 kaki yang terletak di belakang tingkap dapur.
Di tingkat bawah yang dahulunya merupakan kedai lama dijadikan sebagai ruang penyambut tetamu, tingkat pertama dijadikan tempat bilik tidur dan ruang belajar.
“Tiada rumah di London berukuran 1.7 meter dan setiap ruang rumah ini mempunyai nilai estetika tersendiri,”
Myers mengatakan rumah itu adalah untuk ‘pasangan muda atau individu’ yang melihatnya satu keindahan setelah ia diperbaiki.
Rumah itu mampu menarik minat pembeli yang suka akan kesenian atau gaya ala bohemian.
Harga rumah itu sesuatu yang kurang menggalakkan bagi kebanyakan warga Britain, yang mana harga purata sebuah rumah adalah 256,000 pound namun sesuatu yang tipikal bagi pasaran hartanah London.
Sekiranya memenuhi harga pasaran, rumah itu akan meningkat dua kali ganda nilainya sejak tahun 2006 apabila dijual dengan harga 488,500 pound, menurut pendaftaran tanah di UK.
Ini pula kisah tentang penghuni beli kediaman berumah.
BACA: Pasangan Beli Kediaman ‘The Conjuring’ Akui Rumah Itu Memang Berhantu
Sumber: CNA
Trending now



