‘To All The Boys Always And Forever’ Mungkin Ada Siri Ke-4 3

‘To All The Boys: Always And Forever’ Mungkin Ada Siri Ke-4?

Mencipta fenomena pada tahun 2018, filem To All the Boys I Loved Before kini sudah pun memasuki sekuel ke-3, To All the Boys: Always and Forever (2021) selepas To All the Boys: P.S I Still Love You (2020).

BACA: ‘A Love So Beautiful (2020)’ Remake Drama Popular Dari China

Diadaptasi daripada novel popular dengan tajuk sama oleh Jenny Han pada tahun 2014, tindakan syarikat milik Will Smith dan James Lassiter, Overbrook Entertainment telah membeli hak adaptasi filem nyata memberikan pulangan lumayan.

‘To All The Boys Always And Forever’ Mungkin Ada Siri Ke-4 1

Mengisahkan mengenai Lara Jean Covey, pelajar sekolah menengah yang sering menulis kepada pelajar lelaki yang disukai beliau namun tidak pernah menghantarnya.

Satu hari, Lara Jean menyedari surat-suratnya hilang apabila beliau berdepan dengan Peter Kavinsky, salah seorang penerima surat-suratnya.

‘To All The Boys Always And Forever’ Mungkin Ada Siri Ke-4 2

Membawa tema cinta remaja, ramai yang tertanya-tanya sama ada siri filem ini akan diteruskan disebabkan novel untuk siri ini hanya sehingga yang ketiga sahaja yang mana berakhir dengan babak Lara Jean dan Peter diterima masuk ke kolej.

Sudah ditayangkan di Netflix, anda boleh tonton ketiga-tiga siri filem ini di Netflix. Sebelum itu, apa kata tonton dahulu trailer filem To All The Boys: Always and Forever di pautan bawah: