Arkelogi Temui Ritual Korban Kanak-Kanak Terbesar Dunia 6

Arkeologi Temui Tapak Ritual Korban Kanak-Kanak Terbesar Dunia Dalam Peradaban Chimu

Pada tahun 2018, penemuan sekumpulan ahli arkeologi telah menggemparkan dunia arkeologi apabila menemui bukti bahawa berlakunya pembunuhan kanak-kanak secara beramai-ramai dalam satu ritual.

Dijangkakan sudah berlaku lebih dari 550 tahun lalu, penemuan di kawasan pantai utara Peru tersebut dikatakan sebagai acara korban yang mungkin terbesar pernah berlaku di dunia.

Arkelogi Temui Ritual Korban Kanak-Kanak Terbesar Dunia

Bukan sahaja lebih daripada 140 orang kanak-kanak berusia antara lima hingga 14 tahun menjadi korban tetapi juga sekitar 200 ekor haiwan dipercayai llama muda dan tiga orang dewasa menjadi bukti apa yang berlaku dalam Peradaban Chimu pada ketika itu.

Arkelogi Temui Ritual Korban Kanak-Kanak Terbesar Dunia 4

Ketua penyelidakan, Gabriel Prieto memberitahu penemuan acara korban yang melibatkan kanak-kanak dalam skala besar dalam peradaban Chimu pra-Columbia belum pernah terjadi sebelum ini.

Penyelidik juga memberi kemungkinan acara korban ini mungkin diadakan sebagai usaha untuk meminta ‘tuhan’ yang mereka percaya supaya menurunkan hujan lebat .

Arkelogi Temui Ritual Korban Kanak-Kanak Terbesar Dunia 2

Kesimpulan ini dibuat kerana peradaban Chimu sangat menghargai llama sebagai satu sumber yang penting kepada mereka. Dan menyerahkan anak-anak dalam satu bukanlah satu yang mudah untuk ibu bapa, kecuali dalam keadaan terdesak untuk orang zaman dahulu.

“Kanak-kanak, tentu saja, mungkin dipilih kerana mereka tidak bersalah, mereka belum dewasa. Sekiranya anda menawarkan anak-anak, anda menawarkan sesuatu yang sangat berharga bagi anda. Saya tidak fikir ada yang mengorbankan anak-anak dengan ringan. “

Kawasan tapak perkuburan ini hanya diketahui pada tahun 2011 apabila penduduk tempatan menemui beberapa tulang-tulang yang terkeluar daripada kawasan pasir terhakis.

Arkelogi Temui Ritual Korban Kanak-Kanak Terbesar Dunia 3

Penggalian yang berakhir pada tahun 2016 ini merumuskan beberapa kekejaman yang dilakukan pada mangsa ritual tersebut, antaranya:

  1. tulang rusuk patah
  2. potongan pada kawasan dada yang konsisten memberi kesimpulan mungkin hati mereka dikeluarkan semasa mangsa masih hidup
  3. tanda luka yang sama di dada llama juga ditemui

Arkelogi Temui Ritual Korban Kanak-Kanak Terbesar Dunia 1

Kebudayaan Chimu merupakan satu peradaban yang berpusat di wilayah Chimor dan Chan Chan yang terletak di Lembah Moche, Peru adalah ibu kotanya.

Muncul sekitar tahun 900Chimu ditakluk penguasa Inka, Topa Inca Yupanqui pada tahun 1470, 50 tahun sebelum kedatangan bangsa Sepanyol.

Kebudayaan Chimu menyembah bulan dan percaya bahawa bulan lebih kuat daripada matahari yang disembah peradaban Inka. Persembahan yang sering diberikan kepada bulan adalah kerang jenis Spondylus yang hanya dapat ditemui di kawasan persisir pantai Ekuador.

Kerang yang dikaitkan dengan laut, hujan dan kesuburan juga dianggap sebagai objek yang berharga dan diperdagangkan oleh orang-orang Chimu.

Sumber:

  1. National Geographic 1
  2. National Geographic 2
  3. Chimu Culture
  4. Discover Magazine