Lelaki Ini Dedah Imej Yang Didakwa Sebagai Makhluk Asing 7

Lelaki Ini Dedah Imej Yang Didakwa Sebagai Makhluk Asing

Alam memang dipenuhi dengan pelbagai kejutan yang tidak terjangka, dan ini termasuklah alien atau makhluk asing yang sesetengah orang percaya kewujudannya.

Jika dilihat dalam filem-filem sains fiksyen, rupa alien dimomokkan dengan memiliki rupa yang hampir sama dengan manusia – bentuk muka yang tirus, memiliki mata hitam yang besar, berhidung dan bermulut.

Lelaki Ini Dedah Imej Yang Didakwa Sebagai Makhluk Asing 5

Tetapi ada juga filem atau drama yang mencirikan alien itu sebagai satu hidupan yang memiliki ciri sama seperti manusia – atau ia boleh berubah menyerupai manusia.

Matthew Wills dari Universiti Utah dalam satu penulisannya pernah memberitahu, untuk membayangkan rupa alien, kuncinya adalah dengan membayangkan proses evolusi di dunia alien.

Proses berkenaan sangat bergantung kepada iklim, suhu, kadar oksigen, air, belerang serta parameter fizik dan kimia lain.

Pada tahun 2018, beberapa keping gambar didedahkan dalam sebuah buku yang mendakwa ia adalah alien dalam sebuah kapal angkasa.

Lelaki Ini Dedah Imej Yang Didakwa Sebagai Makhluk Asing 1

Diterbitkan buat kali pertama oleh Flying Disk Press, penulis buku, Dr Roberto Pinotti yang terbit pada 1 Februari 2018 memberitahu dua orang lelaki yang dibenarkan memasuki UFO yang berdiameter 24 meter dengan 10 meter daripadanya adalah keluasan kabin kawalan telah mengambil gambar berkenaan.

Lelaki Ini Dedah Imej Yang Didakwa Sebagai Makhluk Asing 6

Menurut Roberto, buku UFO Contacts in Italy ini bukan sahaja mengandungi banyak gambar-gambar yang jarang dilihat tetapi juga mengandungi kes-kes perhubungan dengan UFO atau alien dari Itali, salah satunya adalah insiden yang berlaku pada tahun 1957.

Pada tahun itu, sekumpulan penduduk tempatan dipercayai terlibat dalam hubungan berkala selama 20 tahun dengan alien yang kelihatan seperti manusia yang membina pangkalan bawah tanah di bumi.

Lelaki Ini Dedah Imej Yang Didakwa Sebagai Makhluk Asing 2

Namun, gambar-gambar yang dibukukan Roberto itu dikategorikan sebagai satu penipuan rumit oleh pemerhati kerana beliau merupakan seorang wartawan dan pengarang ruang angkasa serta pemegang biasiswa utama dari Itali dalam idang ufologi dengan ijazah dalam bidang politik dan sosiologi.

Lelaki Ini Dedah Imej Yang Didakwa Sebagai Makhluk Asing

Sumber:

  1. Express.co.uk
  2. MStar