
Anda Masih Tertanya-Tanya Layak Dikenakan Zakat Atau Tidak?
Daripada segi bahasa, zakat bermaksud suci dan subur dan ini termasuklah bersih, berkat, berkembang dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat dan penerima zakat.
Daripada segi syarak, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu, dengan kadar tertentu mengikut syarat tertentu untuk diagihkan keapda golongan tertentu.
Dalam Islam, zakat merupakan rukun Islam yang kelima dan hukumnya adalah fardhu ain kepada setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib.
Tetapi masih ada yang tertanya-tanya sama ada mereka layak dikenakan zakat atau pun tidak.
Secara ringkasnya zakat terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
- Zakat Fitrah – selalu dibayar di bulan Ramadan
- Zakat Harta – terdiri daripada Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Emas & Perak, Zakat Wang Simpanan, Zakat KWSP, Zakat Saham dan sebagainya.
Hukum menunaikan Zakat
Siapa yang pendapatannya, simpanannya dan sebagainya selama setahun telah melebihi nisab tersebut, maka mereka layak dan WAJIB dikenakan ZAKAT. Jelaskan?
— Pusat Pungutan Zakat (@ppzwp) February 12, 2021
Hikmah Zakat
- Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
- Membersihkan diri pembayar zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
- Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
- Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
- Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
- Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
- Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
- Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Sumber:
Trending now



