Potong Anggota Badan Sebagai Ekspresi Rasa Sedih, Kenali Puak Dani Dari Indonesia 3

Potong Anggota Badan Sebagai Ekspresi Sedih, Kenali Budaya Puak Dani Dari Indonesia

Mendapat berita kematian orang terdekat seperti ahli keluarga dan sahabat memang agak menyakitkan emosi.

BACA: Guna Sarung Tangan Berisi Semut Peluru Untuk Uji Akil Baligh, Kenali Suku Yang Masih Amalkan Adat Ini

Namun buat satu puak di Indonesia ini, setiap kali terdengar berita kematian ahli keluarga, mereka akan turut mendatangkan kesakitan fizikal dengan cara memotong jari yang ada.

Sekiranya terdengar berita kematian, ahli keluarga dari puak Dani yang tinggal di Papua, New Guinea ini akan dilihat hadir bersama dengan jari yang sudah di potong ke majlis pengebumian.

Potong Anggota Badan Sebagai Ekspresi Rasa Sedih, Kenali Puak Dani Dari Indonesia

Ritual yang dikhususkan kepada wanita ini walaupun menyakitkan, namun ia dipercayai dapat memuaskan dan mengusir roh selain daripada menjadi gambaran kesakitan fizikal sebagai ungkapan kepada kesedihan dan penderitaan atas kehilangan tersebut.

Caranya mereka akan mengikat bahagian atas jari dengan benang selama lebih kurang 30 minit bagi menimbulkan rasa kebas sebelum ia dipotong dengan menggunakan kapak.

Potong Anggota Badan Sebagai Ekspresi Rasa Sedih, Kenali Puak Dani Dari Indonesia 1

Bahagian jari yang dipotong itu kemudiannya akan dikeringkan sebelum dibakar atau disimpan di tempat khas. Manakala luka tadi akan dilecurkan bagi mengelakkan pendarahan dan untuk membentuk ‘jari baru’.

Biarpun ianya sudah diharamkan di New Guinea, kesan ritual ini masih boleh dilihat pada beberapa orang wanita tua yang pernah menjalaninya.

Potong Anggota Badan Sebagai Ekspresi Rasa Sedih, Kenali Puak Dani Dari Indonesia 2

Bukan sekadar jari, malah ada yang memotong lengan, kaki, badan, membotakkan kepala serta melecurkan diri sebagai ekspresi kesedihan.

Malah puak ini juga percaya sekiranya si mati merupakan orang yang berpengaruh semasa hidupnya, semangat roh mereka tetap akan ‘berkeliaran’ di kampung berkenaan.

Sumber:

  1. Scholar Blogs
  2. Daily Bhaskar
  3. Ranker