Kisah Pak Cik Arifin Kekasih

‘Cinta Sejati Itu Wujud’ – Kisah Lelaki Setia Menanti Kekasihnya Sejak 1970 Hingga Akhir Hayat

Kisah Lelaki Setia Menanti Kekasihnya Sejak 1970 Hingga Akhir Hayat.

Dalam menjalin hubungan, kesetiaan adalah asas penting agar hubungan yang dibina kekal hingga maut yang memisahkan.

Seperti kisah cinta popular Romeo dan Juliet, kisah seorang lelaki yang menghampiri usia warga emas ini juga mencuri perhatian netizen Indonesia kerana memiliki kesetiaan cintanya yang luar biasa.

Mana tidaknya, selama 47 tahun dia menunggu kekasihnya yang tidak pernah kunjung tiba sehingga akhir hayatnya.

Kisah cinta ini kemudian diulang cerita dan tetap membuatkan sesiapa yang mendengarnya berasa terharu.

Lelaki itu dikenali dengan nama Pak Cik Arifin atau Mr Gombloh. Dipercayai, Pak Cik Arifin setia menanti kepulangan kekasihnya setiap hari sejak tahun 1970-an lagi di satu kawasan di Kayutangan iaitu tempat yang pernah dijanjikan mereka untuk bertemu.

Meskipun Pak Cik Arifin dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2017, sebilangan netizen masih ingin tahu mengenai kisah cinta abadi lelaki itu.

Menurut sumber, Pak Cik Arifin telah terpisah dengan kekasihnya pada suatu ketika dahulu disebabkan peristiwa politik yang berlaku di Kota Malang, Indonesia.

Kerana sudah berjanji, dia tetap menunggu kekasih hatinya di tempat terakhir mereka bertemu itu.

Namun, kehadiran kekasihnya tak kunjung tiba dan tidak diketahui apa puncanya. Malahan, tidak dapat dipastikan sama ada kekasihnya itu masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Dia percaya, suatu hari nanti kekasihnya pasti akan tiba tetapi sayangnya hasrat untuk berjumpa tidak kesampaian.

Kisah Pak Cik Arifin Kekasih
Sumber: Twitter

Penantian lelaki itu berakhir pada tahun 2017 selepas disahkan meninggal dunia dipercayai kerana kes langgar lari.

Dikhabarkan, dia ditemui sudah terbaring di laluan pejalan kaki dalam keadaan lemah.

Penduduk sekitar situ membawa Pak Cik Arifin ke hospital untuk diberi rawatan namun disahkan meninggal dunia.

Kesetiaan Pak Cik Arifin akan selalu dikenang oleh mereka yang mengenalinya, sama ada mereka pernah bertemu dengannya secara bersemuka mahupun yang mendengar kisahnya.

Harapannya, kisah itu tidak hanya sekadar diketahui oleh orang ramai, tetapi juga memberi inspirasi kepada semua orang, bahawa cinta sejati itu benar wujud.

Sumber: Tribun News