Cara Halau Lipas Dalam Kereta Viral

Gerenti Menjadi, Ini 3 Cara Mudah Dan Murah Halau Lipas Dalam Kereta

3 Cara Mudah Dan Murah Halau Lipas Dalam Kereta.

Lipas sememangnya satu haiwan yang paling ditakuti atau geli bagi sesetengah orang.

Habitatnya yang sememangnya suka merayap membuatkan semua orang melihat ia sebagai haiwan yang kotor.

Dan antara tempat paling banyak lipas sudah tentu dalam kereta memandangkan sisa-sisa makanan jika tidak dibersihkan akan membuatkan lipas mula membiak di dalamnya.

Jadi jika diikutkan banyak petua perangkap lipas dalam kereta yang boleh anda gunakan. Namun, sejauh manakah keberkesanannya?

Di sini kami kongsikan cara mudah dan murah untuk menghalau lipas dalam kereta yang dikongsikan netizen.

Anda bolehlah ikuti mana-mana cara di bawah yang dirasakan bersesuaian.

1. Halau lipas dengan tiga bahan dapur

Bahan-bahan:
– Marjerin
– Minyak masak yang sudah diguna
– Susu pekat manis

Caranya:

Masukkan kesemua bahan tadi dalam satu bekas. Simpan dalam kereta semalaman dan anda pasti terkejut dengan hasilnya apabila mendapati hampir kesemua lipas akan masuk dalam perangkap yang anda buat itu.

Ini kerana majerin bertindak menarik lipas untuk makan kemudian susu pekat manis secara tidak langsung akan memerangkap lipas itu daripada lari ke tempat lain.

Begitu juga dengan minyak masak yang akan melemaskan lipas dan seterusnya mati.

Cara Halau Lipas Dalam Kereta Viral

2. Guna perangkap lipas

Letakkan kotak set perangkap lipas ini di tempat sasaran. Letakkan umpan yang akan menarik perhatian lipas.

Cuba letak 5 perangkap lipas, dan hasilnya didapati kira-kira 850 ekor lipas yang berjaya dikumpul dalam masa sehari!

Harga pasaran tidak sampai RM10 – 5 set.

Cara Halau Lipas Dalam Kereta Viral

Cara Halau Lipas Dalam Kereta Viral

3. Guna penyembur serangga

Anda boleh juga mengatasi masalah lipas dalam kereta dengan menggunakan penyembur serangga jenis Vape dari jenama Fumakilla dan semburkan beberapa das di bawah tempat duduk kereta.

Harga penyembur Fumakilla ini juga tidak sampai RM10. Boleh sembur pada waktu malam, keesokan harinya akan berkumpullah semua lipas dari yang besar hingga yang kecil sekali pun.

Cara Halau Lipas Dalam Kereta Viral
Sumber: Facebook

Semoga petua di atas berjaya mengatasi masalah lipas dalam kereta anda. Selamat mencuba!

Ini tip lain berkaitan.

BACA: 9 Tip Ini Terbukti Mampu Jimatkan Penggunaan Minyak Kereta Anda

Sumber: FMT, Khushairi Borhanudin, Saiful Azrul