Android Box TV Berbaloi Mampu Milik

Syarikat IT Terkenal Di Shah Alam Didakwa Atas Kesalahan Jual ‘Android Box’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Syarikat IT Terkenal Di Shah Alam Didakwa Atas Kesalahan Jual ‘Android Box’

Sedia maklum, tidak semua peranti Android Box mendapat pengiktirafan SIRIM dan boleh digunakan secara sah di Malaysia.

Kesemua pengimport dan pengedar Android Box perlu memastikan produk mereka telah diuji dan lulus ujian SIRIM serta dipasang pelekat SIRIM, agar ia boleh digunakan secara halal di Malaysia.

Susulan itu, sebuah syarikat terkenal yang menjual peralatan teknologi (IT) di Shah Alam, Selangor, menjadi syarikat pertama yang didakwa di mahkamah atas kesalahan mempromosikan perisian bagi mendapatkan siaran televisyen berbayar secara haram.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dalam perjalanan pada sekitar 4.55 petang pada 2 September lalu untuk menjual peranti Android box jenama ‘Long TV’ yang mengandungi saluran kandungan karya siaran pemilik hak cipta tanpa kebenaran.

3 Smart TV Bajet Yang Boleh Anda Dapatkan Dengan Harga RM500

Syarikat berkenaan didapati melanggar Seksyen 41(1)(ha) Akta Hak Cipta 1987 kerana menjual teknologi atau alat bagi tujuan memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut dalam subseksyen 36A(3), Akta yang sama.

Ia boleh didenda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak lebih daripada RM40,000 bagi setiap perekaan yang berkenaan atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Sementara itu, KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap pembekal dan penjual yang menyalahgunakan peranti kotak Android bagi tujuan memintas atau mengakses kandungan yang dilindungi karya hak ciptanya secara haram.

Difahamkan, Android box Long TV telah berada di Malaysia selama beberapa tahun, dan kemungkinan penggunanya semakin ramai.

Jadi, jika anda terdetik untuk membeli Android box jenama ini atau seangkatannya, elakkan kerana lambat laun KPDNHEP atau SKMM dapat mengesannya juga.

Jika anda sedang mencari Android Box dengan harga mampu milik, boleh baca di sini.

BACA: 5 Android TV Box Berbaloi Dengan Harga Mampu Milik

Sumber: BH