‘Layla Majnun’ Filem Penuh Emosi & Air Mata, Tetapi Agak Kurang…

‘Layla Majnun’ Filem Penuh Emosi & Air Mata

Baru sahaja ditayangkan pada semalam (11 Februari), filem Indonesia, Layla Majnun mendapat pujian ramai.

Dibintangi Reza Rahadian dan Acha Septriasa, filem Layla Majnun mengisahkan mengenai Layla yang dijemput untuk menjadi tenaga pengajar jemputan selama dua minggu di Azerbaijan.

‘Layla Majnun’ Filem Penuh Emosi & Air Mata, Tetapi Agak Kurang… 2

Di sana, beliau bertemu dan berkenalan dengan Samir, lelaki Turki yang merupakan salah seorang daripada mahasiswa di sana.

Dalam tempoh masa dua minggu, Layla jatuh hati pada Samir namun cinta mereka terhalang apabila Layla sudah pun berjanji akan menikahi Ibnu, biarpun Layla tidak ada hati kepadanya.

Dalam plot cerita yang ringkas,(biarpun terdapat beberapa kelonggaran daripada skrip), penonton dapat melihat dengan jelas tekanan yang dihadapi kedua-dua watak – saling mencintai namun dibatasi dengan janji.

Akan Datang ‘Layla Majnun’ Tampilkan Gandingan Reza Rahadian & Acha Septriasa 1

Untuk ketahui sama ada filem ini akan berakhir sama seperti kisah lagenda Layla Majnun daripada Timur Tengah yang salah satu versinya berakhir dengan Qais yang menjadi gila apabila cintanya pada Laila dihalang ayah Laila, anda kena tonton filem ini di Netflix sekarang.

Boleh dijadikan salah satu tontonan santai hujung minggu ini, apa kata anda tonton dahulu trailer filem Layla Majnun di pautan bawah:

BACA: 5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix