Sebenarnya McDonald’s Buat Duit Bukan Daripada Rangkaian Restoran Makanan Segera Mereka, Tapi… 3

Sebenarnya McDonald’s Buat Duit Bukan Daripada Rangkaian Restoran Makanan Segera Mereka, Tapi…

Sebut sahaja McDonald’s, majoriti penduduk dunia mengetahui mengenai rangkaian yang mereka miliki.

Boleh dikatakan sebagai salah sebuah syarikat yang terbesar di dunia, percaya atau tidak McDonald’s sebenarnya ‘buat duit’ bukan sepenuhnya daripada perniagaan ayam mereka, tetapi daripada sumber lain?

Sebenarnya McDonald’s Buat Duit Bukan Daripada Rangkaian Restoran Makanan Segera Mereka, Tapi… 1

Sama seperti restoran makanan segera lain – KFC dan Subway, McDonlad’s mengembangkan perniagaan mereka di seluruh dunia dengan menggunakan francais.

Menurut sumber Investopedia, kira-kira 93% daripada jumlah restoran Mcdonald’s menggunakan sistem francais yang mana mereka ini dimiliki oleh individu atau kumpulan yang menyewa jenama Mcdonald’s dengan bayaran sewa yang agak tinggi.

Dengan konsep ini, McDonald’s menjana keuntungan bukan dengan penjualan burger dan ayam tetapi dengan kutipan sewa daripada francais-francais yang ada dan disebabkan itu McDonlad’s mendapat julukan sebagai syarikat kalis kejatuhan.

Sebenarnya McDonald’s Buat Duit Bukan Daripada Rangkaian Restoran Makanan Segera Mereka, Tapi…

Biarpun francais ini dimiliki individu atau kumpulan, secara asasnya McDpnald’s tetap berhak menentukan bagaimana francais berkenaan beroperasi, termasuklah daripada segi prosedur operasi standard dalam penyediaan makanan dan lokasi tapak penjualan.

Sekiranya sesbuah francais itu tidak menepati apa yang ditetapkan, McDonald’s berhak menyewakan francais berkenaan kepada pihak lain sama ada sebelum atau selepas kontrak sewaan tamat berdasarkan kepada perjanjian yang ditandatangani kedua belah pihak.

Sebenarnya McDonald’s Buat Duit Bukan Daripada Rangkaian Restoran Makanan Segera Mereka, Tapi… 2

Biarpun McDonald’s terkenal di seluruh dunia dan bilangan cawangannya sudah menghampiri 40,000 buah, di Filipina McDonald’s kurang mendapat sambutan berbanding dengan jenama restoran makan segera tempatan, Jollibee.

Nak tahu sebabnya, anda boleh teruskan bacaan di artikel ini: Bagaimana Jollibee Mampu ‘Takluk’ Pasaran Makanan Segera Di Filipina Berbanding McDonald’s?

Sumber:

  1. Investopedia
  2. Kay Suhaimi
  3. RD