Di Negeri Ini, Anda Diharamkan Untuk Kongsi Kata Laluan Netflix & Ini Sebabnya

Di Negeri Ini, Kongsi Kata Laluan Netflix Boleh Jadi Sebab Anda Dipenjarakan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Netflix merupakan antara platform penstriman video yang terbesar digunakan di dunia.

Banyak menyediakan hiburan menarik untuk pelanggan, ada antara kita yang akan berkongsi kata laluan akaun Netflix bersama kaum keluarga atau rakan-rakan dengan tujuan berkongsi.

Netflix Kurangkan Kualiti Video

Akan tetapi, tahukah anda, di sebuah negeri di Amerika Syarikat iaitu Tennessee, berkongsi kata laluan Netflix adalah sesuatu yang dilarang daripada segi undang-undang?

Bukan setakat Netflix, beberapa medium perkhidmatan lain turut dilarang biarpun kata laluan berkenaan didapatkan dengan kebenaran pihak yang terlibat.

Undang-undang ini ditetapkan adalah kerana Nashville dirujuk sebagai ibu kota industri muzik negara dan perkongsian kata laluan ini dikhuatiri boleh melumpuhkan pendapatan industri dengan perkongsian yang tidak sah.

Di Negeri Ini, Anda Diharamkan Untuk Kongsi Kata Laluan Netflix & Ini Sebabnya 1

Mendapat sokongan daripada industri muzik negara dan diluluskan Persatuan Industri Rakaman Amerika Syarikat (RIAA), undang-undang ini bagaimanapun hanyalah digunakan kepada penggodam dan ‘pencuri’ yang cuba untuk menjual kata laluan secara pukal atau dalam bahasa mudahnya disebut Netflix password-pooling.

Sekiranya tertangkap, mereka mungkin akan dikenakan hukuman penjara setahun dan denda $2,500 untuk kes ‘kecurian hiburan’ di bawah $500.

Sumber:

  1. The Mary Sue
  2. Wikipedia
  3. Medium