Aplikasi Yang Perlu Ada Dalam Telefon

7 Aplikasi Yang Mungkin Anda Perlukan Dalam Telefon Pintar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Aplikasi Yang Anda Perlukan Dalam Telefon Pintar.

Aplikasi telefon pintar yang menarik semakin banyak dibangunkan dan para pengguna berlumba-lumba memuat turun aplikasi canggih sesuai dengan keinginan dan kehendak masing-masing.

Tidak dinafikan terlalu banyak aplikasi mudah alih boleh dimuat turun daripada Google Play Store mahupun Apple Store. Daripada berjuta-juta perisian tersebut, ada yang memiliki fungsi sama.

Pemilihan aplikasi itu bergantung kepada kebijaksanaan pengguna untuk memilih yang terbaik demi keperluan peribadi tanpa membazir ruang storan dalam peranti pintar masing-masing.

Bagi membantu anda dalam memaksimumkan lagi penggunaan telefon pintar dalam kehidupan seharian, kami kongsikan beberapa senarai aplikasi yang sebenarnya mungkin anda tak terfikir amat perlukan dalam kehidupan seharian anda.

1. Discord

Aplikasi Yang Perlu Ada Dalam Telefon

Jika anda seorang kaki game, aplikasi Discord amat membantu anda untuk memudahkan komunikasi bersama rakan sama ada dalam bentuk teks mahupun suara.

Selain itu, anda juga boleh tonton YouTube, lihat Instagram, Facebook, Twitter, atau TikTok bersama walaupun berjauhan dengan rakan atau pasangan anda.

Muat Turun: Android iOS

2. Hargapedia

Aplikasi Yang Perlu Ada Dalam Telefon

Aplikasi ini membantu anda menjadi pengguna bijak dengan membandingkan harga barangan di semua pasar raya besar Malaysia dan juga di platfrom e-dagang.

Anda boleh tahu apa-apa promosi jika ada ditawarkan di mana-mana pasar raya.

Muat turun: Android iOS

3. Google Lens

Aplikasi Yang Perlu Ada Dalam Telefon

Tak perlu susah-susah untuk menaip perkataan yang anda tidak faham. Google Lens mampu mengesan, mengenal pasti atau mencari sesuatu melalui hanya melalui gambar sahaja.

Muat turun: Android

4. Musi

Aplikasi Yang Perlu Ada Dalam Telefon

Aplikasi ini mungkin beri kelegaan kepada anda untuk tonton YouTube tanpa sebarang iklan. Boleh juga dengar lagu sambil buka aplikasi lain tanpa hentikan lagu tersebut.

Muat turun: Android   iOS

5. BlackHole Cut

Aplikasi Yang Perlu Ada Dalam Telefon

Aplikasi yang berfungsi untuk memudahkan anda memuat turun video seperti di YouTube, Twitter dan lain-lain media sosial.

Muat turun: Android iOS

6. DuckDuck Go

Aplikasi Yang Perlu Ada Dalam Telefon

Pengganti carian seperti Google Chrome jika anda mahu lebih privasi. Browser ini menghalang segala iklan dan aplikasi lain tidak dapat kenal pasti carian anda.

Muat turun: Android iOS

7. Google Family Link

Aplikasi Yang Perlu Ada Dalam Telefon

Aplikasi membantu ibu bapa dalam mengawal anak-anak daripada terlalu cenderung dengan peranti dan menjadikan mereka lebih terurus.

BACA: Anak Tak Mahu Berhenti Main Gajet? Ibu Bapa Boleh Guna Aplikasi Ini

Muat turun: Android  iOS

Semoga bermanfaat!