Trash4Cash Buang Sampah Buat Duit

Cara Buat Duit Dengan Kitar Semula Sampah Melalui Aplikasi ‘Trash4Cash’

Cara Buat Duit Dengan Kitar Semula Sampah Melalui Aplikasi Trash4Cash.

Sejak kecil lagi, kita dididik untuk mengitar semula segala bahan buangan isi rumah yang digunakan untuk memelihara alam semula jadi.

Dalam masa yang sama kita sebenarnya mampu menjana pendapatan dengan mengitar semula bahan buangan ini melalui jualan ke pusat kitar semula yang berhampiran dengan kediaman kita.

Kita masih belum terlambat untuk sama-sama mengubah situasi itu dan ia perlu bermula daripada diri kita sendiri dalam memastikan masalah sisa ini tidak memudaratkan.

Dengan sedikit masa yang diluangkan, kita mampu melakukannya. Kita boleh bermula hari ini dari rumah kita.

Cumanya yang menjadi sedikit masalah apabila ada kalanya sukar untuk kita mencari tong sampah kitar semua tiga jenis warna berdekatan dengan tempat kita, bukan?

Namun, anda tidak perlu rasa payah lagi kerana ada cara lebih mudah untuk mengitar semula sampah dari rumah anda, hanya gunakan aplikasi Trash4Cash!

Tahukah anda, Trash4Cash merupakan sebuah organisasi yang membeli sampah terbuang dari rumah anda.

Sama seperti jika anda kumpul dan bawa ke pusat kitar semula, cumanya Trash4Cash akan sendiri ke rumah kita.

 Trash4Cash Buang Sampah Buat Duit
Sumber: Trash4Cash

Bagaimana mahu menggunakan perkhidmatan Trash4Cash?

Mudah sahaja, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ‘Trash4Cash’ di PlayStore, kumpul barang yang boleh dikitar semula kemudian trek merah jambu akan datang ke rumah anda.

Pengguna Trash4Cash juga dapat memeriksa harga bahan kitar semula secara langsung dalam aplikasi itu dengan disarankan untuk mengasingkan barangan buangan seperti kadbod, surat khabar, kertas, botol kaca bekas plastik dan bahan lain.

Selepas selesai kesemua proses yang diperlukan, pihak Trash4Cash akan melakukan transaksi pembarayan melalui perbankan dalam talian.

Setakat ini, perkhidmatan Trash4Cash meliputi sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.

Anda boleh baca perkongsian netizen di laman Twitter tentang cara menggunakan perkhidmatan Trash4Cash ini.

Selain kumpul bahan kitar semula untuk dihantar ke pusat kitar semula, di sini kami turut kongsikan beberapa tempat untuk anda menderma baju lama.

BACA: Rugi Buang Baju Lama Yang Masih Elok, Ini 5 Tempat Anda Boleh Derma