
COVID-19: Dunia Diramal Akan Kembali Normal Dalam Tempoh 7 Tahun – Kajian
COVID-19: Dunia Diramal Akan Kembali Normal Dalam Tempoh 7 Tahun
Sehingga awal Februari 2021, lebih 100 juta vaksin COVID-19 dilaporkan sudah diedarkan di seluruh dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Namun, persoalan kini timbul tentang bilakah waktu sebenar ancaman COVID-19 akan berakhir di seluruh dunia?
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Bloomberg menerusi pangkalan data terbesar COVID-19, jawapan tersebut boleh diperoleh dengan cara mengukur tahap program vaksinasi yang sedang dilancarkan di kebanyakan negara dan lebih 119.8 juta dos suntikan telah diberikan sehingga awal Februari 2021.
Analisis baharu mereka berdasarkan kadar program vaksinasi meramalkan pandemik tersebut akan berlarutan untuk tempoh tujuh tahun lagi sebelum mencapai sasaran imuniti kelompok.
Selain itu, ia juga bergantung kepada keberkesanan vaksin sedia ada untuk mencegah virus bermutasi yang dikesan di Afrika Selatan, Brazil dan United Kingdom (UK).
Data diperoleh daripada lebih 67 negara juga menunjukkan pemberian lebih 4.5 juta suntikan dos vaksin pada setiap hari yang menyaksikan lebih 119 juta dos suntikan telah diberikan setakat ini.
Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci menganggarkan kehidupan akan kembali normal jika program vaksinasi itu meliputi 70 hingga 85 peratus populasi dunia.
Walaupun ia adalah perkhabaran baik, Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menzahirkan kebimbangan berikutan lebih tiga per empat vaksin itu diberikan di 10 negara berpendapatan tinggi sahaja.
Beliau memberi amaran bahawa pengedaran vaksin secara tidak seimbang ketika ini mencetuskan risiko terhadap kemajuan usaha melawan pandemik berkenaan.
Misalnya, AS berada di tangga keenam untuk kadar kecepatan program vaksinasi,negara itu diramalkan dapat mencapai tahap imuniti kelompok menjelang Tahun Baharu 2022.
“Hampir 130 negara dengan 2.5 bilion penduduk masih belum diberikan suntikan dos pertama,” ujarnya.
Melihat program vaksinasi yang berlaku dengan lebih cepat di negara-negara Barat yang lebih kaya daripada seluruh dunia, ia akan memakan masa seluruh dunia selama tujuh tahun pada kadar semasa.
Namun begitu, jika program vaksinasi memecut (likely), kemungkinan tempoh tujuh tahun itu dapat dikurangkan.
BACA: Bila Sebenarnya Selamat Untuk Melancong? Mungkin Pada 2023 – Kajian
Sumber: Bloomberg, Sinar Harian
Trending now



