Episod Baru ‘Lovestruck In The City’ Makin Menarik, Penonton Tak Sabar Tunggu Pengakhiran

Drama ‘Lovestruck In The City’ Makin Menarik, Penonton Tak Sabar Tunggu Episod Akhir

Baru sahaja melancarkan episod ke-13, drama Korea Selatan, Lovestruck in the City yang menampilkan Ji Chang-wook dan Kim Ji-won sebagai teraju utamanya mencuri perhatian apabila watak Lee Eun-0 terkantoi masih lagi tidak boleh move on dengan perasaannya pada Park Jae-won.

BACA: ‘A Love So Beautiful (2020)’ Remake Drama Popular Dari China

Bawa genre romantis, Lovestruck in the City mengisahkan mengenai dua individu yang jatuh cinta di pantai Yangyang. Plot awal cerita dimulakan dengan konsep temubual mengenai enam individu yang bercerita mengenai kisah cinta mereka. Daripada itu, plot mula dikupas satu per satu.

Episod Baru ‘Lovestruck In The City’ Makin Menarik, Penonton Tak Sabar Tunggu Pengakhiran 1

Dijadualkan bakal berakhir pada 16 Februari ini, pihak produksi mendedahkan akan adanya satu episod tambahan yang akan memfokuskan pada watak Oh Dong-shik (lakonan Choi Min-ho).

Boleh tonton di Netflix, apa kata anda tonton dahulu trailer drama Lovestruck in the City di pautan bawah: