JnT Mogok Campak Barang 3

Mogok Komisen Diturunkan, Tular Video Pekerja J&T Campak Barang Pelanggan

Sejak daripada PKP 2.0 mula dilaksanakan ada beberapa aduan yang tidak enak mengenai syarikat penghantaran barangan J&T.

BACA:Β J&T Kucar Kacir, Banyak Barang Pelanggan Tersadai

Bermula dengan isu lambakan barang sehinggalah kepada pemotongan komisen pekerja, kali ini tular pula satu video beberapa pekerja J&T melancarkan mogok dengan mencampak barangan pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat mereka.

Barang dicampak biarpun ada yang ditampal dengan pelekatΒ FRAGILE

JnT Mogok Campak Barang 1

Malah di media sosial juga sudah beberapa isu barang rosak diutarakan apabila menggunakan khidmat syarikat ini. Disebabkan itu jugalah ramai yang percaya bahawa pihak yang ditugaskan menghantar barang-barang pelanggan ini tidak mengendalikannya dengan berhati-hati.

Barang hancur/rosak

Menyalahi undang-undang Akta Perkhidmatan Pos 2012

Tahukah anda tindakan dengan niat jahat mahu melupuskan atau memusnakan, membuka, menyimpan, menahan atau menyembunyikan, melengahkan, mengabaikan atau salah serahan, mengusik atau menghalang mana-mana barang pos dalam perjalanan penyalurannya boleh dikenakan denda dan hukuman penjara?

Setakat ini masih lagi tiada kenyataan daripada pihak J&T berkenaan isu mogok ini.