‘The House Arrest Of Us’ Siri Komedi Filipina Yang Menghiburkan 2

‘The House Arrest Of Us’ Siri Komedi Filipina Yang Menghiburkan

Jika anda meminati filem dan drama dari Filipina, pastinya anda tahu tentang kewujudan siri televisyen The House Arrest of Us ini.

Menggandingkan pasangan pelakon kesukaan ramai Kathryn Bernardo dan Daniel Padilla, siri ini mengisahkan mengenai dua individu iaitu Q dan Korics yang terpaksa menjalani perintah berkurung yang dilaksanakan kerajaan Filipina bersama keluarga masing-masing di rumah akibat daripada wabak pandemik yang melanda.

‘The House Arrest Of Us’ Siri Komedi Filipina Yang Menghiburkan

Q dan Korics yang mahu menjalinkan hubungan yang lebih serius terpaksa berdepan dengan konflik di antara kedua buah keluarga.

Sudah ditayangkan di Netflix Malaysia, apa kata anda tonton dahulu trailer siri 13 episod ini di pautan bawah: