Wanita Nama Melayu Isytihar Bukan Islam

Wanita Dilahirkan Dengan Nama Melayu Menang Rayuan Untuk Diisytihar Bukan Muslim

Wanita Dilahirkan Dengan Nama Melayu Menang Rayuan Untuk Diisytihar Bukan Muslim.

Seorang wanita yang berasal dari Selangor mendakwa dirinya bukan seorang beragama Islam walaupun namanya berbunyi Melayu telah berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk diisytiharkan sebagai bukan Muslim.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan hakim dalam penghakimaan dengan keputusan majoriti 7-2 itu membenarkan rayuan Rosliza Ibrahim serta permohonannya.

Beliau memutuskan bahawa wanita bernama Rosliza Ibrahim itu bukan orang yang menganut agama Islam kerana tidak ada bukti bahawa beliau adalah seorang Islam dengan kepercayaan yang sebenar.

Ayah beragama Islam namun dibesarkan ibunya, seorang penganut ajaran Buddha

Kesnya bermula apabila Rosliza memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2015, memohon perisytiharan bahawa enakmen Islam di Selangor tidak terpakai kepadanya dan bukan bidang kuasa mahkamah syariah bertindak terhadapnya.

Namun mahkamah tinggi menolak permohonannya, lalu beliau membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan.

Rosliza enggan menerima dirinya sebagai Islam walau bapanya seorang Muslim.

Dibesarkan oleh ibu beragama Buddha dan mengamalkan kepercayaan itu sejak kecil, Rosliza menjelaskan ibu dan bapa biologinya tidak pernah berkahwin. Ibunya pula tidak pernah memeluk Islam.

Namun pihak berkuasa agama di Selangor, menganggapnya sebagai seorang Islam dan tertakluk pada peraturan agama itu kerana berbapakan seorang Islam.

Akibat kecelaruan statusnya itu, tambah peguam lagi, Rosliza “tidak boleh berkahwin dengan lelaki pilihannya”.

Wanita Nama Melayu Isytihar Bukan Islam

Kesnya kemudian dibicara pada tahun lepas yang mana status perkahwinan ibu-bapa Rosliza menjadi tumpuan panel penuh hakim mahkamah tertinggi negara.

Penasihat undang-undang Selangor, Salim Soib @ Hamid berkata Rosliza tetap seorang Islam mengikut undang-undang Selangor, yang menetapkan seseorang itu beragama Islam jika ibu atau bapanya beragama Islam.

Bagaimanapun Tengku Maimun berkata kenyataan Salim itu bercanggah dengan undang-undang syariah, memandangkan seseorang itu hanya boleh disahkan Islam jika ibu-bapanya berkahwin secara sah dan mengamalkan ajaran agama itu.

Berbeza dengan kisah di bawah ini yang mana lelaki ini telah memeluk Islam selama 29 tahun menukar agama setelah berjumpa dengan keluarga kandung.

BACA: Macam Sinetron, Pengakhiran Kisah 29 Tahun Tertukar Bayi Ini Undang Sebak

Sumber: Awani, FMT