Ini Sebab Kenapa Kartun ‘Popeye the Sailor’ Pernah Diharamkan

Ini Sebab Kenapa Kartun ‘Popeye the Sailor’ Pernah Diharamkan

Populariti kartun Popeye the Sailor memang tidak lagi boleh disangkal. Pada satu ketika dahulu, figura lelaki pelaut dengan lengan berotot selepas makan bayam menjadi idola kanak-kanak.

Namun tahukah anda kartun ini pernah ‘diharamkan’ tayangannya?

Dicipta oleh Elzie Crisler Segar, Popeye the Sailor muncul buat pertama kalinya dalam komik harian King Features Thimble Theatre pada 17 Januari 1929.

Ini Sebab Kenapa Kartun ‘Popeye the Sailor’ Pernah Diharamkan 3

Biarpun kartun berkenaan mempengaruhi kanak-kanak utuk makan sayur bayam, tetapi tabiat menghisap paip watak utamaya, Popeye menjadikan ianya ‘diharamkan’ untuk ditayangkan kepada individu berusia bawah 18 tahun.

Namun tindakan pengharaman ini dikritik beberapa pihak kerana dirasakan ianya sebagai tidak munasabah dan tiada kaitan.

Selain daripada alasan tersebut, episod kartun Popeye the Sailor yang dilarang ialah You are a sap Mr. Jap. Ini kerana menunjukkan babak Popeye berulang kali mengejek pelaut lain yang berbahasa Jepun.

Ini Sebab Kenapa Kartun ‘Popeye the Sailor’ Pernah Diharamkan 1

Manakala episod Spinach fer Britian diharamkan kerana dianggap sebagai propaganda Perang Dunia Ke-2 disebabkan adanya babak yang menceritakan mengenai pasukan Nazi yang menyerang lautan Inggeris.

Ini Sebab Kenapa Kartun ‘Popeye the Sailor’ Pernah Diharamkan 2

Sumber:

  1. Wikipedia
  2. Daily Star
  3. Ngobas