boring air

Lelaki Ini Belanja RM10,000 ‘Boring’ Air Untuk Kediamannya Di Kelantan

Sering kita dengar masalah air berlaku di beberapa kawasan di Malaysia. Antara negeri yang kerap berlakunya gangguan air adalah seperti di Selangor dan Kelantan. Di Kelantan misalnya, penduduk terpaksa melakukan ‘boring’ air untuk mendapatkan bekalan air ke kediaman mereka.

Apa itu ‘boring’ air?

‘Boring’ di sini bukanlah bermaksud bosan, tetapi ia merupakan istilah untuk menggerudi sumber air sedalam beberapa meter ke bawah tanah. Air yang keluar dihasilkan oleh proses ini dipanggil air ‘boring’ atau air telaga tiub. Mata air berkenaan pula dipam ke saluran paip dan akan dikeluarkan ke permukaan.

Inilah yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook bernama Asraff Jeffery di hantaran Facebook miliknya. Beliau berkongsi pengalaman terpaksa melakukan proses ini kerana kawasan kediamannya di Kota Bharu selalu mengalami gangguan bekalan air.

https://www.facebook.com/cerahjeff/posts/10221747048258821

Berdasarkan perkongsian beliau, hasil air ‘boring’ ini memang memeritkan kerana air yang keluar daripada dasar tanah itu amatlah kotor. 2 tangki diperlukan untuk mengasingkan dan menapis air ‘boring’ ini sebelum disalurkan ke dalam rumah.

boring air

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsi keadaan air di Kelantan. Ada yang mengatakan kualiti air di Kelantan telah dinaik taraf daripada Teh Ais kepada Nescafe O Kaw. Warnanya menjadi lebih teruk daripada kebiasaan.

Kami berasa simpati dengan sahabat-sahabat yang mengalami kesusahan ini. Diharap pihak yang berwajib dapat turun padang membantu penduduk setempat bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung.

Kredit: Facebook Asraff Jeffery