Hotel Jual Makanan Harga Tepi Jalan

Hotel Terpaksa Jual Makanan Harga Tepi Jalan Untuk Kekal Bertahan

Hotel Terpaksa Jual Makanan Harga Tepi Jalan Untuk Kekal Bertahan.

Memasuki tahun kedua kita masih terpaksa hadapi dugaan yang luar dari kebiasaan demi kelangsungan hidup.

Tidak semua majikan mengambil jalan seperti terpaksa mengurangkan pekerjanya untuk kelangsungan syarikat.

Kita sedia maklum, antara sektor yang amat terjejas dengan perintah kawalan pergerakan disebabkan pandemik COVID-19 ini termasuklah sektor perhotelan yang mana hotel-hotel masa kini hilang punca pendapatan akibat ketiadaan pelanggan.

BACA: Hotel 40 Tahun Antara Antara Yang ‘Tumpas’ Sepanjang Pandemik COVID-19 Melanda

Itulah yang sedang dihadapi salah satu hotel bertaraf tiga bintang di Pulau Pinang.

Berpakaian kemeja lengan panjang, pengurus hotel Jeffrey Lim berteriak “tiga ringgit, tiga ringgit” di tepi jalan seperti yang dilakukan peniaga pasar malam.

Hotel Jual Makanan Harga Tepi Jalan
Sumber: Bernama

Sambil memegang plakat yang bertulis “RM3 sahaja”, dia memberi isyarat kepada pejalan kaki dan kenderaan tentang jualan mereka.

Sementara itu, para pekerjanya pula sibuk menyediakan makanan seperti mana dilakukan oleh penjaja kecil di luar Red Rock Hotel di sepanjang Jalan Macalister.

Dalam situasi terdesak ini, Lim berkata dia tidak boleh berputus asa dan perlu menolong kakitangan serta hotel untuk kekal bertahan ketika pandemik.

Hotel Jual Makanan Harga Tepi Jalan
Sumber: Bernama

“Kami harus pertahankan hotel untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kita tidak boleh bergantung lebih kerana tidak banyak untuk industri perhotelan dari kerajaan,” katanya seperti dipetik Bernama.

Antara menu yang dijual mereka termasuk nasi ayam, nasi itik, kuetiau goreng, mi udang dan nasi goreng.

Menerusi ruangan komen di laman sosial Bernama, beberapa hotel lain turut mengalami situasi sedemikian ketika PKP 2.0 ini.

Lazimnya, masakan hotel menawarkan harga sedikit tinggi berbanding di luar hotel namun melihat situasi yang dipaparkan ini, kesemua harga menu pada paras harga yang berpatutan untuk orang ramai membeli.

Orang ramai melihat situasi berkenaan turut bersedih dan kagum dengan usaha yang dilakukan.

Berharap mereka yang terjejas tetap cekal menghadapi situasi getir sehingga keadaan kembali normal semula.