Caligynephobia Sejenis Alahan Pada Wanita Cantik

Caligynephobia: Bukan Malu, Tapi Alah Pada Wanita Cantik

Tahukah anda, di dunia ini ada satu alahan yang kedengaran aneh tapi sebenarnya wujud? Salah satunya adalah alah pada wanita cantik.

Dikenali sebagai caligynephobia yang datang daripada kata akar Yunani ‘kalos’ dan ‘gyne’ iaitu  membawa maksud wanita cantik, keadaan ini menerangkan mengenai ketakutan yang berlebihan sehingga menjadi tidak rasional.

Caligynephobia Sejenis Alahan Pada Wanita Cantik 1

Dkatakan mungkin berlaku akibat daripada trauma peribadi atau pun sesuatu isu yang lebih besar seperti gangguan kegelisahan sosial.

Keadaan alahan ini menyebabkan prestasi sosial menjadi teruk kerana individu yang mengalami masalah ni gagal untuk membendung rasa takut mereka semasa terlihat wanita cantik.

Selain daripada alah pada wanita cantik, ada juga alahan yang agak unik iaitu alah pada air.

Tertanya-tanya bagaimana orang alah pada air mandi?

Kalau alahan kepada makanan laut, mungkin anda sudah biasa dengar. Tapi bagaimana pula dengan alahan kepada air?

Tahukah anda, walaupun seorang individu dewasa yang tidak mengalami sebarang penyakit dan memiliki metabolisme normal akan terdiri daripada 60% air, alahan terhadap air adalah sesuatu yang benar-benar ada dalam masyarakat.

Alah pada air merupakan satu bentuk alahan yang jarang-jarang berlaku turut dikenali sebagai aquagenic urticaria menyebabkan tubuh penghidapnya menjadi gatal gatal dan kemerahan seakan ruam dan bintat di kawasan leher, lengan atau pun mana-mana kawasan badan.

Boleh baca: Bagaimana Orang Alah Pada Air Mandi?