forex online trading

Lelaki Ini Kongsikan Hujah Forex Online Trading Tidak Patuh Syariah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sering kita melihat di laman media sosial, banyak iklan yang mempromosikan pelbagai skim pelaburan. Antaranya termasuklah pelaburan dari bank-bank, unit amanah, saham, forex online trading dan pelbagai lagi. Bahkan ada syarikat yang menggunakan influencer untuk mempromosikan perniagaan mereka.

Walaupun kesemua instrumen ini adalah bertujuan untuk mengembangkan modal atau menambahkan pendapatan, kita sebagai orang Islam harus peka dengan kepatuhan syariah setiap instrumen yang kita laburkan.

Inilah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Muhammad Alif mengenai forex online trading. Untuk pengetahuan anda, beliau telah bekerja selama 2 tahun di sebuah syarikat pelaburan forex online dan bertindak untuk meninggalkan syarikat tersebut berdasarkan hujah-hujahnya.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1359937057676816&id=100009816037617

Berdasarkan hujah-hujah yang dibawa oleh beliau, dapat kita simpulkan bahawa forex online trading adalah tidak patuh syariah. Ini adalah disebabkan oleh ketiadaan aset yang didagangkan disandarkan kepada instrumen ini.

forex online trading
Kredit gambar Instagram

Bukan itu sahaja, malahan terdapat pelbagai kes yang melibatkan scam melalui instrumen forex online trading. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pernah menumpaskan sindiket penipuan pelaburan penukaran mata wang asing atau forex dalam talian terbesar yang didalangi warga China di Cyberjaya.

Maka, sekiranya anda pernah terlibat dengan pelaburan berbentuk begini, mungkin ini adalah masa untuk anda angkat kaki keluarkan pelaburan anda. Memohon ampunlah kepada Tuhan dengan sekurang-kurangnya mengucapkan Istighfar. Ada pelbagai lagi instrumen patuh syariah yang diselia oleh Bursa Malaysia.

Di Bursa Malaysia terdapat dua jenis instrumen yang disediakan. Yang pertama adalah Bursa Malaysia Sekuriti di mana instrumen ini mendagangkan saham ekuiti syarikat yang tersenarai awam di Bursa Malaysia. Jika anda berminat untuk belajar tentang saham, boleh rujuk di sini.

Yang kedua, Bursa Malaysia Derivatif yang mendagangkan produk komoditi ataupun bahan mentah seperti kacang soya, minyak, minyak sawit mentah dan pelbagai lagi. Namun, produk derivatif yang patuh syariah hanyalah minyak sawit mentah yang didagangkan di pasaran hadapan (Future Crude Palm Oil). Sekiranya anda berminat untuk belajar tentang FCPO, boleh rujuk di sini.