Lelaki Ini Masak Zakarnya Sendiri Dan Hidangkan Dalam Satu Majlis 5

Lelaki Ini Masak Zakarnya Sendiri Dan Hidangkan Dalam Satu Majlis Makan Malam

Amaran: AWAS, gambar yang terkandung dalam artikel ini mungkin meloyakan.

Pada tahun 2012, seorang lelaki Jepun, Mao Sugiyama, 22 tahun menjadi bualan seluruh dunia apabila kisah beliau memasak dan menawarkan zakarnya untuk dirasai sesiapa yang berminat menjadi tular.

Sugiyama secara sukarela telah menjalani pembedahan membuang zakarnya beberapa hari selepas hari lahirnya memilih untuk membawanya ke rumah sebelum menawarkan kepada seiapa yang mahu merasai zakarnya dengan harga 100,000 yen (+-RM3,862) dalam satu majlis makan malam menerusi satu ciapan di Twitter.

“[Tolong ulang ciap] Saya menawarkan zakar saya (lengkap dengan testis dan skkrotum) dengan harga 100,000 yen untuk satu hidangan. Ia akan disediakan dan dimasak mengikut permintaan pembeli di lokasi pilihan.”

Beberapa minggu kemudian, lima daripada enam orang yang melakukan tempahan datang mengunjungi majlis berkenaan bersama puluhan lagi tetamu yang mahu menonton acara aneh tersebut.

Lelaki Ini Masak Zakarnya Sendiri Dan Hidangkan Dalam Satu Majlis 4

Sugiyama memasak sendiri zakarnya di hadapan tetamu dengan diawasi seorang cef dan kemudiannya menghidangkannya bersama cendawan dan pasli sebagai hiasan selain daripada menu berasaskan daging buaya sebagai menu tambahan.

Lelaki Ini Masak Zakarnya Sendiri Dan Hidangkan Dalam Satu Majlis 3

Lelaki Ini Masak Zakarnya Sendiri Dan Hidangkan Dalam Satu Majlis 2

Mengesahkan bahawa beliau tidak mempunyai penyakit kelamin, sebelum acara dimulakan Sugiyama meminta mereka untuk menandatangai satu perjanjian yang menyatakan beliau tidak akan bertanggungjawab sekiranya ereka jatuh sakit selepas memakannya.

Lelaki Ini Masak Zakarnya Sendiri Dan Hidangkan Dalam Satu Majlis 1

Selain daripada zakar, Sugiyama juga dikatakan telah membuang puting dadanya dan meneruskan hidup tanpa zakar atau tanpa menggantikannya dengan kemaluan wanita.

Sumber:

  1. Daily Mail
  2. Huff Post