strangers from hell

Strangers From Hell, Karya Thriller Yang Mindblown

Jikalau anda peminat siri thriller dan mengerikan, mungkin ini cerita yang sesuai untuk anda. Walaupun Strangers From Hell telah disiarkan sejak 2019, kesan daripada penceritaannya masih terbawa-bawa sehingga ke hari ini.

Strangers From Hell mengisahkan kehidupan Yoon Jong Woo yang dibintangi oleh Im Si Wan, seorang pemuda yang baru dapat peluang menjadi seorang pelatih di bandaraya Seoul. Akibat kekangan kewangan, dia terpaksa menyewa di asrama murah dan di sinilah segala yang buruk bakal berlaku kepadanya.

Jong Woo ingin bekerja keras di syarikat, namun seniornya bersifat prejudis sehingga enggan untuk membantunya. Bosnya pula merupakan seniornya ketika di sekolah namun tidak begitu mengendahkan dirinya, sebaliknya lebih berminat dengan teman wanitanya. Teman wanitanya pula asyik sibuk dengan urusan kerja dan tidak mahu melayannya. Akhirnya, Jong Woo hanya pulang terus ke rumah dan sentiasa diganggu oleh jirannya yang pelik dan berkelakuan liar.

Kesemua faktor inilah yang asyik bermain difikirannya sekaligus menjadikan dia tertanya-tanya tentang sama ada dia masih waras ataupun tidak.

strangers from hell

Berapa seramkah jiran-jiran Jong Woo?

  • Seorang makcik pemilik asrama yang sering tersenyum dan merebus telur busuk buat tetamu.
  • Seorang pemuda yang miang dan gatal, suka menonton kandungan dewasa dan sering merenung Jong Woo sambil memegang pisau di belakang badannya
  • Dua orang kembar yang kurang sihat akal, asyik tertawa kecil dan banyak menyimpan rahsia
  • Seorang doctor gigi yang kacak lakonan Lee Dong Wook, yang suka membunuh orang serta mengekstrak gigi mangsanya

Drama ini sangat menarik kerana dapat meggambarkan keadaan asrama yang kotor, penuh dengan tekanan serta dipenuhi dengan jiran yang teruk sehingga memaksa kita sebagai penonton, tertanya-tanya kenapa Jong Woo masih mahu tinggal di situ.

Sudahlah tiada tempat mahu mengadu, hinggakan orang tidak percaya akan ceritanya, apakah nasib yang akan berlaku kepada Jong Woo? Jangan lupa saksikan drama Strangers From Hell!

Sekiranya anda tercari-cari K-drama yang berunsurkan thriller yang lain, boleh layari di sini.