Tonton Misi Mencari Harta Karun Yang Penuh Cabaran Dalam ‘Finding Ohana’

Tonton Misi Mencari Harta Karun Penuh Cabaran Dalam ‘Finding Ohana’

Sudah ditayangkan di Netflix 29 Januari lalu, filem Netflix dengan tema pencarian harta karun iaitu Finding Ohana adalah sebuah filem yang menarik untuk ditonton.

Mengisahkan mengenai Poc (lakonan Kea Peahu) bersama abangnya, Ioane (lakonan Alex Aiono) dan ibunya yang tinggal di Brooklyn pulang ke kampung halaman mereka bagi melawat atuk mereka, Papa (lakonan Branscombe Richmond) yang terkena serangan jantung.

Tonton Misi Mencari Harta Karun Yang Penuh Cabaran Dalam ‘Finding Ohana’ 1

Di sana, Poc yang menggemari aktiviti pencarian telah terjumpa satu jurnal lama yang menceritakan mengenai lokasi simpanan harta karun yang diwarisi daripada moyangnya. Bermula daripada rasa ingin tahu, Poc membawa rakan yang baru dikenalinya, Casper meneruskan misi pencarian dengan berpandukan pada jurnal tersebut.

Sesuai dengan tajuknya Finding Ohana, Ohana yang membawa makna ‘keluarga’ bukan sekadar menceritakan perjalanan pencarian harta karun semata tetapi juga memberatkan tema keluarga dan juga mitos serta lagenda yang dipercayai oleh masyarakat Hawaii dalam rakaman yang sangat menarik.

Merupakan tontonan menarik untuk ditonton seisi keluarga, tonton dahulu trailer Finding Ohana di pautan bawah: