
7 Tablet Yang Sesuai Untuk Pelajar Dengan Bajet RM500
Tablet Sesuai Untuk Pelajar Dengan Bajet RM500.
Alat memudah cara pendidikan seperti capaian internet dan gajet, sudah menjadi keperluan asas dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), dalam situasi negara masih berdepan ancaman pandemik COVID-19.
Bagaimanapun capaian internet yang kurang memuaskan dan harga gajet komunikasi seperti telefon pintar dan tab yang agak mahal, terutama kepada golongan kurang berkemampuan merupakan cabaran terbesar kepada ibu bapa bagi memastikan PdPR berjalan lancar.
Tidak semua golongan mampu untuk menyediakan peranti terbaik, namun kerana perlunya pembelajaran, sanggup berkorban untuk bagi memastikan anak-anak atau para pelajar dapat mengikuti pembelajaran.
Di sini kami ada beberapa cadangan Tablet yang boleh anda pertimbangkan untuk memilikinya terutama bagi golongan pelajar.
Yang penting mudah digunakan dan ada kriteria yang sesuai untuk sesi PdPR.
Tablet harga bajet RM500 untuk tahun 2021:
Yang terbaik mengenai tablet Huawei model ini adalah mempunyai skrin yang besar, seusai untuk sesi PdPR. Memiliki memori dengan RAM3GB dan strorage 32GB.
2. Samsung Galaxy Tab A8 ~RM599
Tablet model ini mempunyai S PEN LTE P355N, sesuai untuk mereka yang ingin mengambil nota seperti menulis di atas buku. Menggunakan OS Android 9.0 dengan memori RAM 2GB.
3. Huawei Mediapad T3 7.0 ~RM430
Tablet model ini juga amat sesuai untuk menyelesaikan tugasan pelajaran. Memiliki memori sebanyak RAM 2GB dan OS Android.
Shopee – RM430
Lazada – RM478
4. G3 Windows Tablet PC ~RM327
Berbeza dengan yang lain, model ini didatangi dengan papan kekunci sekaligus menjadi pilihan pengguna untuk melakukan tugasan dengan lebih mudah sebagai alternatif lain kepada laptop.
Menggunakan sistem operasi Windows 10 dengan RAM 1GB.
Tablet Teclast P20 HD menggunakan Andoroid 10 dengan kapasiti 4GB RAM beserta 64GB ROM.
Sistem pemprosesannya octa-core menjimatkan penggunaan tenaga dan ianya bertahan lebih lama sehingga 10 jam tanpa perlu mengecas.
Tablet ini menyokong penggunaan satu simkad dan boleh menerima pautan 4G, memudahkan kerja harian anda jika tiada WiFi.
Selain itu, ia dikuasai Android Pie lengkap dengan ciri keselamatan face unlock yang menjamin privasi anda.
Mempunyai skrin FHD, 8GB RAM dengan 128 GB memori serta kamera hadapan, amat sesuai untuk sesi berinteraksi bersama guru.
Trending now



