malakat mall brainy bunch

Pengasas Malakat Mall Terima Fitnah Teruk Selepas KWSP Pekerja Lewat Dibayar

Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, memang banyak perniagaan terkesan. Ada yang kehilangan punca pendapatan, ada juga yang masih teruskan usaha untuk kekal bertarung mengharungi pandemik ini.

Ramai pengasas perniagaan terpaksa berhempas pulas bagi memastikan syarikat mempunyai pendapatan untuk menampung kos operasi. Kos operasi yang dimaksudkan di sini termasuk gaji pekerja serta caruman yang diwajibkan kerajaan seperti KWSP, PERKESO dan sebagainya.

Namun, tak ramai yang mampu memahami kesusahan yang dialami oleh pemilik perniagaan. Ada yang sanggup menyalahkan majikan akibat terjadinya semua ini.

Ini yang terjadi kepada pengasas kepada Brainy Bunch dan Malakat Mall, saudara Fadzil Hashim seperti dihantaran Facebook miliknya. Beliau berkongsi bahawa syarikat dan dirinya telah difitnah oleh pekerja sendiri kerana tidak membayar caruman KWSP.

Pelbagai tohmahan yang diterima olehnya melalui hantaran gambar suntingan daripada reddit. Seolah-olah menunjukkan yang beliau dan pihak syarikat berlepas tangan serta bersenang lenang ketika situasi pandemik ini berlaku.

Bahkan, tuduhan ke atas sentimen Buy Muslim First (BMF) turut dilontarkan, sedangkan ia tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku.

malakat mall brainy bunch 1

Semua pihak perlu faham tentang situasi yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini. Walaupun pihak majikan mempunyai kesukaran untuk membuat bayaran gaji atau caruman, kita sebagai pekerja perlulah laporkan pada saluran yang betul. Sekiranya benar pihak majikan bersalah, mereka pasti akan dikenakan tindakan pihak berwajib.

Boleh rujuk sini untuk lihat bentuk tindakan yang dikenakan KWSP sekiranya majikan culas membayar caruman.

Sekiranya kita sebagai pekerja masih tidak berpuas hati dengan apa yang pihak syarikat lakukan, boleh sahaja kita berhenti dan cari pekerjaan lain tanpa memberi kesan negatif kepada hubungan antara pekerja dan bekas majikan.

Untuk mereka yang masih keliru perbezaan antara KWSP akaun 1 dan akaun 2, boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut.