Respon Boss Susu Saham BMF

Ini Respon Tenang Boss Susu Tentang Isu Pemilikan Saham Farm Fresh & BMF

Beberapa hari ini, isu mengenai latar belakang Farm Fresh hangat diperkatakan dalam kalangan netizen di Malaysia.

BACA: Farm Fresh Bukan Milik Bumiputera. Adakah Menjadi Satu Isu?

Mengaitkannya dengan gerakan Buy Muslim First (BMF), Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal tampil menjawab segala dakwaan yang mengaitkan nama beliau dan syarikatnya.

Ya, pegangan saham saya memang kecil

“Ya, pegangan saham saya memang kecil, mana bisa orang yang dah down dalam bisnes dan meniaga di pasar malam punya banyak wang untuk memiliki saham yang besar. Pelaburan dalam industri tenusu pula ratusan juta. Selepas 11 tahun nilai syarikat kami melonjak berlipat-lipat kali ganda atas usaha keras kami. Alhamdulillah nilai share yang kecil tu jadi banyak jutanya. Syukur ke hadrat Allah yang mengeluarkan aku dari kesusahan. Berpanas, berhujan, berniaga, ditengking bangla ketika saya merchandise di Mydin, menitik peluh bawa lori hantar susu ke supermarket sampai basah spenda kerana lori tiada aircond. Ini semua kerana saya tak belajar betul-betul apatah lagi sebab saya tak belajar di Australia.”

Bohong kalau kata bukan RM yang dikejar

“Dalam perjalanan perniagaan bersama Farm Fresh, bohonglah kalau saya kata bukan RM yang saya kejar, tapi bagi saya kejayaan paling besar ialah mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Malaysia. 634 peluang pekerja dapat kami berikan. Ramai anak-anak luar bandar di Muazam mendapat munafaatnya dan bukan setakat jadi operator atau jaga lembu, tapi ramai yang kami angkat menjadi tenaga kerja professional. Kami latih, kami didik mereka.”

Cabaran buka kilang di pedalaman

“Buka kilang di pedalaman ini banyak kekurangannya. Tiada manager atau engineer yang profesional mahu bekerja dan tinggal di pedalaman. Beberapa kali kami cuba bawa mereka dan tawarkan gaji tinggi, mereka cabut kerana mereka tidak biasa hidup di luar bandar. Apalah lagi pilihan yang kami ada. Kami latih anak-anak Muazam yang berbakat untuk menggalas tugas ini. Alhamdulillah mereka semakin bagus dan komited untuk membangunkan syarikat serta tempat lahir mereka. Dan 80% dari mereka adalah Melayu Islam. Bangsa saya dan bukan bangsa Australia.”

Rahsia Di Sebalik Kejayaan Jenama Susu Jenama Farm Fresh 2
Sumber: BH

Tahun 2016 – Allah bantu, kembangkan bisnes

“Pada tahun 2016 laporan AC Nielson menunjukkan pegangan jualan atau market share Farm Fresh dalam segmen susu segar sebanyak 39%. Pada masa itu competitor kami mula bertindak balas dan mereka berusaha bersungguh-sunggug untuk mengejar kami, mereka labur puluhan juta. Terpampang lembu mereka di tiang jejantas sepanjang Federal Highway, palang tol, signboard juga. Dan ada juga yang bawa mascot lembu masuk Buletin Utama. Pada waktu tu kami cuma boleh melihat sahaja kerana belum mampu untuk buat macam mereka. Khazanah minta kami agresif untuk serang balas, brader jawab, “Kita tak buat apa-apa pun Allah dah bantu kita, susu kita tetap habis dan sentiasa tak cukup. Tak perlu bazir wang.” Alhamdulillah atas jalan yang Allah permudahkan.

2016 Kami mula expand bisnes secara agresif. Lami tingkatkankan pengeluaran, kami tambah lembu, tambah ladang dan besarkan kilang. Ini semua perkara mudah, ada duit semua boleh buat. Kami buat kerana kami mahu produk ini mencapai keseluruh pelusuk Malaysia. “Bila semua tempat dah ada barulah kita boleh masuk TV,” bilang brader pada lembaga pengarah.”

Jualan suri rumah tahun 2020 capai RM150 juta

“Pada 2016 juga brader cetuskan ilham program micropenuer kami yang kami panggil Home Dealer, mereka jual susu. Pada asalnya niat brader untuk suri-suri rumah tambah pendapatan untuk bantu suami dalam perbelanjaan isi rumah. Tapi suri-suuri rumah ini sangat berbakat dan bersemangat. Mereka bukan hanya jual pada jiran-jiran tapi mereka berjualan di carboot sale, masuk expo, jual dekat kedai-kedai dan kini bilangan mereka mencapai lebih dari 2,000 orang dan bukan suri rumah sahaja. Ramai juga para pekerja kerajaan dan swasta yang buat part time jual susu bagi membantu ekonomi keluarga.

Dan jumlah jualan mereka (home dealer sahaja) pada tahun 2020 mencapai 150juta. Ramai di kalangan mereka sudah punya kedai sendiri, ada van dan lori untuk menghantar susu. Kami modalkan dulu tanpa sebarang guarentor atau bank deposit, kami ambil risiko kredit untuk bantu mereka. 98% dari mereka adalah bangsa saya bangsa Melayu Malaysia dan bukan juga bangsa Melayu Australia.”

farm fresh 1

Berusaha bantu tingkatkan pendapatan golongan B40

“Saya bangga boleh cerita dengan anak-anak saya bila kami bertemu. Bagaimana ayahnya berusaha meningkatkan pendapatan golongan B40. Tapi bagi saudara Aliff 111 mungkin dia bangga dan bilang pada anak dia, “hari ini papa dah malukan Boss Susu, meh tengok dekat FB. Ramai orang puji papa sebab papa pandai cari maklumat. Nanti papa ajar anak-anak macam mana nak buat.”

Tapi Alhamdulillah saya tak ajar anak saya begitu. Saya ajar anak saya untuk jadi insan berguna agar bisa berbakti pada negara. Hasil jadi tunggangan Cina dan tungangan home dealer, kedua-dua anak saya menjadi doktor. Alhamdulillah dan syukur pada Allah yang tidak putus-putus menunjukkan jalan dan membantu brader.

Saya juga ucapkan terima kasih pada mereka yang terus menyokong saya dan syarikat Farm Fresh. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas budi baik kalian.”

Untuk tahu rahsia Farm Fresh berjaya sehingga disenarai sebagai syarikat pengeluar tenusu pertama negara di Bursa Malaysia, boleh baca: Rahsia Di Sebalik Kejayaan Jenama Susu Farm Fresh