Filem ‘The Drug King’ Gagal Menghiburkan Penonton

Filem ‘The Drug King’ Gagal Hiburkan Penonton?

Semua sedia maklum dengan kehebatan lakonan Song Kang-ho di dalam filem Parasite. Namun, katanya filem yang menampilkan beliau sebagai pelakon utamanya pada tahun 2018 iaitu The Drug King gagal menghiburkan penonton dengan konsep bold biarpun lakonan beliau di dalam filem berkenaan memang mantap.

BACA: Dakwa Plagiat Karya, Penerbit Filem Tamil Bakal Saman Produksi ‘Parasite’

Filem bergenre jenayah yang ditulis dan diarahkan pengarah Woo Min-ho ini mengisahkan mengenai Lee Doo-sam, seorang penjual dadah biasa yang berusaha membina empayar dadahnya di Busan pada tahun 1970-an. Beliau yang pada asalnya menyeludup berlian dan beberapa produk terlarang lain akhirnya berjaya menguasai eksport ke pasaran Jepun.

Namun konflik bermula apabila beliau menjadi semakin tamak dan diburu seorang pendakwa raya yang mahu menggagalkan operasinya.

Filem ‘The Drug King’ Gagal Menghiburkan Penonton 1

Biarpun barisan pelakon termasuklah pelakon pembantu yang membintangi filem ini bukan biasa-biasa, tetapi hanya kerana jalan ceritanya yang lemah menjadikan filem ini sebagai satu yang sia-sia.

Mendapat rating 80% daripada Rotten Tomatoes, 6.2/10 daripada IMDb, filem ini tetap pecah panggung dengan kutipan jualan tiket sebanyak USD14.5 juta.

Sebelum anda tonton filem The Drug King ini di Netflix, apa kata tonton dahulu trailernya di pautan bawah: