Cara Buat Swab Test Percuma PERKESO

China Perkenal ‘Swab Test’ Di Dubur, Katanya Lebih Berkesan & Kurang Sakit Berbanding Hidung

Jika sebelum ini sampel pengesanan jangkitan wabak pandemik COVID-19 diambil daripada rongga hidung dan tekak, kali ini China mendedahkan bahawa ujian calitan (swab test) di dubur adalah lebih tepat berbanding keduanya.

BACA: Betul Ke Sakit Prosedur ‘Swab Test’ Boleh Rasa Sampai Ke Otak?

Menurut media China, kerajaan China sudah pun memulakan swab test  di dubur bagi menguji mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi kepada penduduk di kawasan yang disahkan mencatatkan kes jangkitan antaranya di Beijing.

Prosedur ‘Swab Test’, Sakit Boleh Rasa Sampai Ke Otak 1
Sumber: Chicago

Menurut doktor kanan di Hospital You’an Beijing, Li Tongzeng, signifikan swab test di dubur adalah kerana virus berkenaan bertahan lebih lama di dubur berbanding saluran pernafasan.

Ulasan mereka yang sudah menjalani ujian berkenaan di dubur mengatakan ianya  kurang sakit namun memalukan jika dibandingkan dengan swab test menerusi hidung dan tekak.

Jika rakyat Malaysia diberi pilihan, yang manakah yang akan anda pilih? Calitan di dubur atau di rongga hidung dan tekak?

Sumber:

  1. Forbes
  2. HM