Manusia Terkotor Di Dunia Tak Pernah Mandi

Manusia Terkotor Di Dunia – Patah Hati Punca Lelaki Ini Tak Pernah Mandi Selama 65 Tahun

Manusia Terkotor Di Dunia – Patah Hati Punca Lelaki Ini Tak Pernah Mandi Selama 65 Tahun

Umumnya mandi disifatkan sebagai aktiviti membersihkan kotoran pada badan bagi memastikan kita sentiasa dalam keadaan segar dan bersih untuk melakukan aktiviti seharian.

Biasanya, kebanyakan daripada kita mandi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

Namun begitu, ada dalam kalangan kita yang malas dan tidak suka mandi tetapi paling lama untuk tidak mandi pun mungkin seminggu.

Tetapi bagi lelaki berusia 83 tahun ini sudah lama tidak merasa air mandian sejak 65 tahun lalu.

Dek kerana tak pernah mandi selama lebih enam dekad, Amou Haji, digelar manusia paling kotor di dunia.

Lelaki berasal dari Iran itu sangat benci untuk bersentuhan dengan air, percaya bahawa kebersihan boleh membuatkan dirinya jatuh sakit.

Haji hidup secara nomad di padang pasir Iran turut berasa geli terhadap makanan segar dan minuman bersih.

Manusia Terkotor Di Dunia Tak Pernah Mandi

Disebabkan sifatnya itu, dia memilih sajian makanan daging landak busuk sebagai makanan harian untuk dia meneruskan kelangsungan hidup.

Dia memilih minum lima liter air dari tin minyak berkarat setiap hari untuk kekal sihat.

Malahan, dia juga merupakan perokok tegar, tetapi menggunakan tahi lembu kering sebagai bahan bakar pengganti tembakau.

Jika ingin merapikan rambut dan janggut, Haji akan membakar bulu-bulu tersebut. Pada musim sejuk, dia menggunakan sebuah helmet perang lama untuk memastikan kepalanya panas.

Oleh sebab mengamalkan hidup nomad, Haji kadang kala berteduh dalam sebuah pondok terbuka yang dibina oleh penduduk kampung yang kasihan akan dirinya.

Ada masa, dia akan membuat lubang di padang pasir di luar kampung sebagai tempat berteduh.

Menurut cerita penduduk kampung, lelaki tua itu memilih gaya hidup sebegitu kerana patah hati hingga mengalami tekanan perasaan yang teruk ketika zaman remajanya.

Namun, sehingga kini dia belum berputus asa mencari cinta.

Berikutan Haji sudah lama tidak mandi menyebabkan warna kulitnya hampir sama dengan tanah di sekelilingnya sehingga penduduk sering menyangka dia adalah batu ketika duduk statik tanpa pergerakan.

Dia tidak peduli dengan keselesaan dunia dan puas menjalani gaya hidup nomad.

Dalam dunia ini, ada juga walaupun tak pernah mandi, tetap diakui sebagai wanita tercantik di Afrika.

BACA: Tak Pernah Mandi Tapi Wanita Suku Kaum Ini Dianggap Tercantik Di Afrika

Sumber: Business Today