5 K-Drama Terbaik Dengan Konsep ‘Time Travel’ 3

5 K-Drama Terbaik Dengan Konsep ‘Time Travel’

Konsep time travel semakin banyak diperkenalkan dalam filem/drama Korea Selatan.

BACA: 5 Filem Korea Selatan Yang Diadaptasi Daripada Kisah Jenayah Sebenar

Memaparkan pergerakan antara tititk waktu tertentu, di sini kami senaraikan lima K-Drama terbaik yang menggunakan konsep time travel.

1. Tunnel (2017)

Berlatarbelakangkan tahun 1986, Detektif Park Gwang-ho (lakonan Choi Jin-hyuk) berusaha untuk menangkap pembunuh bersiri dan menjumpai sebuah terowong yang membawanya ke tahun 2017.

5 K-Drama Terbaik Dengan Konsep ‘Time Travel’
Tunnel (2017)

Beliau mendapati bahawa pembunuh bersiri tersebut kembali melakukan jenayahnya yang dilakukan pada 30 tahun lalu.

Bekerjasama dengan seorang detektif dan profesor bidang psikologi jenayah pada tahun 2017, mereka cuba menyelesaikan kes jenayah berkenaan.

2. Live Up To Your Name, Dr Heo (2017)

Membawa tema perubatan tradisional dan perubatan moden, drama ini mengisahkan mengenai Heo Im (lakonan Kim Nam-gil) yang merupakan seorang tabib terbaik dalam bidang akupuntur yang termasuk ke dalam zaman sekarang di Seoul, Korea Selatan.

5 K-Drama Terbaik Dengan Konsep ‘Time Travel’ 1
Live Up To Your Name (2017)

Di Seoul, Heo Im bertemu dengan seorang doktor, Choi Yeon-kyung yang hanya percaya kepada perubatan moden dan menolak sepenuhnya perubatan tradisional.

3. Go Back Couple (2017)

Drama Go Back Couple mengisahkan mengenai pasangan suami isteri, Choi Ban-do (lakonan Son Ho-jun) dan Ma Jin-joo (lakonan Jang Na-ra) yang berdepan dengan krisis rumah tangga sehingga membawa kepada penyesalan.

5 K-Drama Terbaik Dengan Konsep ‘Time Travel’ 2
Go Back Couple (2017)

Pada satu hari, mereka kemudiannya mendapati diri mereka kembali kepada tahun di mana masing-masing merupakan pelajar universiti berusia 20 tahun.

Cuba mengubah takdir masa hadapan, ada beberapa babak dalam drama ini bakal membuatkan menitikkan air mata.

4. Familiar Wife (2018)

Menggunakan tema rumah tangga, drama Familiar Wife mengisahkan mengenai Joo-hyuk (lakonan Ji-sung) dan isterinya, Woo-jin (lakonan Han Ji-min) yang mengalami masalah kewangan.

Dengan syiling emas pemberian seorang lelaki di stesen keretapi, Joo-hyuk dapati beliau berada dalam dunia yang lain yang mana isterinya adalah cinta pertamanya, Hye-won (lakonan Kang Han-na) dan bukannya Woo-jin.

5. The King: Eternal Monarch (2020)

Menampilkan Kim Min-ho dan Kim Go-eun selaku teraju utama, filem ini mengisahkan mengenai Maharaha Lee Gon yang cuba menutup pintu yang menghubungkan Negara Corea dan Republik Korea.

Dalam perjalanan tersebut, baginda bertemu dengan seorang detektif daripada Republik Korea, Jeong Tae-eul yang bekerja secara undercover bagi membasmi operasi perjudian dalam talian secara haram.

Biarpun dikritik kerana terlalu banyak memaparkan iklan produk berbayar, drama ini mendapat liputan meluas bukan sahaja kerana barisan pelakonnya tetapi juga disebabkan beberapa suntingan babak yang kelihatan tidak masuk akal.https://www.youtube.com/watch?v=N1L1iaFZQ9I

BONUS: ‘Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo’ Musim Ke-2, Scam Terbesar K-Drama?

Selain daripada lima drama di atas, anda juga mungkin berminat untuk menonton: Tak Popular Tapi Menarik, Ini 5 Drama Korea 2020 Yang Boleh Anda Tonton Tanpa Rasa Menyesal