farm fresh 1

Farm Fresh Bukan Milik Bumiputera. Adakah Menjadi Satu Isu?

Sedang hangat menjadi perbualan netizen apabila terdapat seorang daripada kalangan mereka yang membuat pemeriksaan latar belakang ke atas pemilikan Farm Fresh sama ada ianya betul milikan bumiputera atau tidak. Banyak kali juga dilaporkan disebabkan atas dasar gerakan Buy Muslim First (BMF), produk ini telah diangkat dikalangan bumiputera.

Semakan latar belakang ini dilakukan oleh seorang pengguna Facebook, Aliff Ahmad III yang menggunakan sistem semakan SSM untuk memeriksa adakah benar usahawan yang dikenali ramai, Azmi Zainal “Boss Susu” merupakan salah seorang pemilik produk tersebut.

Namun, timbul beberapa ulasan oleh pemilik akaun Facebook yang lain, adakah menjadi satu kesalahan apabila Azmi Zainal bukanlah salah seorang pemilik Farm Fresh yang sebenar. Bahkan, pemegang saham terbesar syarikat yang mengeluarkan produk Farm Fresh adalah kebanyakannya bukanlah daripada golongan bumiputera.

Ini diulas lanjut oleh saudara Bukhari Ramli dan Fdaus Ahmad.

Berdasarkan hantaran-hantaran di atas, memang jelas dinyatakan bahawa Azmi Zainal tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa susu Farm Fresh ini milik syarikat bumiputera. Walaupun bukan pengasas sebenar, beliau mempunyai pegangan saham ke atas syarikat tersebut.

farm fresh

Terbaharu, Azmi Zainal dalam hantarannya di Facebook menceritakan bagaimana beliau berjaya mengembangkan perniagaan sehingga ke luar negara melalui pemilikan kilang di Australia. Beliau berkongsi proses yang bermula dengan pelaburan melebihi RM100 juta sehingga ianya sudah mula menampakkan hasilnya pada hari ini.

Farm Fresh juga bakal disenarai awamkan di Bursa Malaysia, hebat bukan?

Sesungguhnya kisah Azmi Zainal membangunkan dan mempopularkan jenama susu tempatan Farm Fresh sebelum ini sering saja menjadi buah mulut dan juga inspirasi kepada masyarakat kita.

Bermula dengan penghasilan produk tenusu, nama Azmi juga semakin menjadi bualan selepas beliau terlibat dengan perusahaan daging serta membuat penampilan dalam rancangan realiti TV dan sukan permotoran tempatan sebagai penaja.