astro awani

Penyampai Astro Awani Kongsi Bloopers Ketika Work From Home Bikin Netizen Berdekah

Ramai pekerja terpaksa bekerja dari rumah atau work from home (WFH) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan seluruh negara, termasuklah dengan penyampai-penyampai berita daripada Astro Awani.

Mereka juga terpaksa bersiaran di rumah masing-masing, yang penting kerja sebagai penyampai berita dapat dilaksanakan dengan baik.

Walau bagaimana pun, tidak semua perkara menjadi mudah apabila berada di rumah ni. Ada sahaja masalah yang berlaku ketika bersiaran dan perkara yang terjadi ketika di belakang tabir ini dikongsikan oleh saudara Hakim Rahman.

astro awani

Ada pelbagai ragam antaranya cubaan pertama kali menggunakan Google Meet, bunyi pintu di rumah, bunyi ayam berkokok dan macam-macam lagilah.

Jom kita saksikan bloopers penyampai-penyampai Astro Awani sepanjang mereka berada di rumah.

Bagaimana, memang menghiburkan bukan?

Itu adalah ragam para penyampai berita di rumah, mungkin ada banyak lagi ragam mereka yang berada di profesion yang lain. Yang penting kita kena elakkan stress ketika berada di rumah. Mungkin hiburan seperti ini dapat meringankan beban kerja anda.

Kalau anda ada rakaman bloopers Work From Home, bolehlah kongsikan kepada kami ya.