Alain Robert Panjat KLCC

Kisah Lelaki Yang Pernah Gemparkan Malaysia Panjat Menara KLCC

Kisah Lelaki Yang Pernah Gemparkan Malaysia Panjat Menara KLCC

Sukan ekstrem yang juga antara hobi khusus untuk mereka yang benar-benar ingin mencabar diri.

Rasa takut dan gentar kini diukur dengan kemampuan dan keberanian melakukan aktiviti yang mencabar walaupun ia sangat berbahaya.

Mereka yang mempunyai hobi ekstrem ini turut menganggap ia sebagai terapi minda serta menghilangkan tekanan walaupun sering dikaitkan dengan risiko berbahaya.

Ada pelbagai sukan atau hobi ekstrem ini di dunia ini, salah satunya mereka yang gemar memanjat bangunan pencakar langit.

Salah seorang pemanjat terkenal dan sering menimbulkan kontroversi, Alain Robert, yang turut digelar ‘Spiderman Perancis’.

Bermula 13 tahun lalu, Robert telah memanjat lebih 150 menara mercu tanda di seluruh dunia termasuklah di Malaysia, Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

Hobinya yang gemar memanjat menara tinggi tanpa tali atau peralatan keselamatan lain, mencatat rekod sebagai ‘pemanjat bangunan tanpa dibantu paling banyak’ menurut Guinness World Records.

Alain Robert Panjat KLCC

Gemparkan Malaysia panjat menara KLCC

Pada 2009, Robert pernah menggemparkan Malaysia apabila berjaya memanjat Menara KLCC yang mana itu merupakan percubaan kali ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini.

Dia yang ketika itu berusia 46 tahun mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya dalam masa dua jam, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ.

Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.

Walaupun berjaya memanjat hingga ke puncak KLCC dengan hanya menggunakan kapur, sedikit tali bantuan dan kasut, dia kemudian ditahan polis dan disiasat kerana kesalahan menceroboh kawasan larangan.

Jarang sekali setiap kali Robert melakukan aksi berbahaya itu, tidak ditahan oleh pihak berkuasa di situ.

Walaupun begitu, Robert memberi bayangan, minatnya ini tidak akan berhenti selagi masih mempunyai kekuatan fizikal.

Alain Robert Panjat KLCC

Ditanya mengapa memilih hobi ekstrem ini, Robert menyatakan ia merupakan minatnya dan memanjat adalah salah satu cara hidupnya.

“Saya hanya memanjat. Saya bukan membunuh sesiapa. Ia bukan satu rompakan bank. Saya melihat ribuan orang dalam bangunan. Saya mengagumkan hari mereka. Mereka akan mengingatinya sepanjang hayat,” katanya.

Robert pernah jatuh dalam cubaan memanjat dan menganggarkan kemalangan hanya menyebabkan beliau cacat 66 peratus.

Sumber: BH, Malaysia Kini