5 Filem Korea Yang Diadaptasi Daripada Kisah Jenayah Sebenar 3

5 Filem Korea Selatan Yang Diadaptasi Daripada Kisah Jenayah Sebenar

Lima filem Korea Selatan yang diadaptasi daripada kisah jenayah sebenar.

Sekiranya anda peminat K-Drama atau K-Movie, ada beberapa filem/drama yang wajib anda tonton.

BACA: ‘Miracle In Cell No.7’ Tanpa Gagal Buat Penonton Menangis

Sebagai contoh, kami senaraikan K-Movie yang bawakan genre jenayah yang diadaptasi daripada kisah sebenar.

1. Voice of a Murderer (2007)

Mengisahkan mengenai kehilangan anak lelaki pembaca berita popular Korea Selatan, Han Kyung-bae (lakonan Sol Kyung-gu) yang tiba-tiba hilang tanpa dikesan daripada taman permainan.

Tidak lama kemudian, Kyung-bae menerima satu panggilan daripada individu tidak dikenali yang mahukan pampasan sebagai pertukaran anaknya.

Namun pertukaran tersebut tidak berjaya susulan daripada isterinya, Oh Ji-sun (lakonan Kim Nam-joo) telah melibatkan polis.

5 K-Movie Genre Jenayah Yang Diadaptasi Daripada Kisah Benar
Voice of a Murderer (2007)

Filem Voice of a Murderer ini merupakan adaptasi daripada kisah sebenar yang berlaku pada Lee Hyung-ho yang hilang pada 29 Januari 1991. Biarpun penculik menuntut pampasan daripada kedua ibu bapa mangsa, mayat Hyung-ho ditemui 44 hari selepas kehilangannya dan dipercayai dibunuh dua hari selepas kehilangannya.

Suspek kes ini tidak pernah tertangkap dan kes tamat tempoh pada tahun 2006 selepas  tempoh statute of limitaion berakhir selepas 15 tahun.

2. Silenced (2011)

Juga dikenali dengan tajuk The Crubicle merupakan sebuah filem mengenai pelajar pekak di sebuah sekolah kurang pendengaran, Gwangju Inhwa School yang menjadi mangsa serangan seksual oleh pihak pengurusan sekolah.

5 Filem Korea Yang Diadaptasi Daripada Kisah Jenayah Sebenar 1
Silenced (2011)

Diadaptasi daripada novel tulisan Gong Ji-young dengan tajuk yang sama, filem ini cukup real sehingga berjaya membuatkan penonton merasai segala apa yang dirasai pelakonnya.

Membariskan pelakon hebat seperti Gong-yoo dan Kim Yu-mi, di dunia realiti sekolah ini akhirnya ditutup selepas 50 tahun dibuka.

3. Hope/Wish (2013)

Hope merupakan sebuah kisah yang diadaptasi daripada penjenayah Cho Doo-son yang didakwa telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dinamakan sebagai Na-young pada tahun 2008.

Hope mengisahkan menenai seorang kanak-kanak. So-won yang diculik, dipukul dan dirogol seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Disangkakan sudah meninggal dunia, suspek meninggalkan So-won di tempat jenayah dilakukan.

5 Filem Korea Yang Diadaptasi Daripada Kisah Jenayah Sebenar 2
Hope (2013)

Namun So-won yang masih hidup telah menelefon ambulan dan dengan bantuan ahli psikologi, beliau berjaya mengenal pasti penjenayahnya.

Namun kes tersebut menjadi sensasi kerana penjenayah hanya menjalani hukuman penjara 12 tahun sahaja.

4. The Case of Itaewon Homicide (2009)

Filem The Case of Itaewon Homicide adalah berdasarkan kisah sebenar kes pembunuhan yang berlaku di Itaewon pada tahun 1997.

Kejadian tersebut mengejutkan Korea Selatan apabila seorang pelajar kolej, Cho Jung-pil ditemui meninggal dunia di restoran Burger King.

Dibarisi pelakon hebat seperti Jang Keun-suk dan Jung Jin-young, filem penuh debaran ini berjaya mengutip jualan tiket pecah panggung $3.3 juta.

5. New Trial (2017)

Diadaptasi daripada kisah pembunuhan pada tahun 2000 di Iksan, seorang remaja, Jo Hyun-woo telah dituduh bersalah dan terpaksa berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun.

5 Filem Korea Yang Diadaptasi Daripada Kisah Jenayah Sebenar
New Trial (2017)

Hyun-woo terpaksa mengaku bersalah selepas dipukul semasa sesi soal siasat dibantu oleh seorang peguam yang terpaksa mengambil kes berkenaan bagi membersihkan namanya.

Dibintangi Kim Ha-neul dan Jung Woo, filem penuh suspens ini berjaya mengutip lebih $17.2 juta jualan tiket di Korea Selatan.