Mary Celeste: Misteri Kehilangan Semua Anak Kapal Yang Masih Belum Terungkai Sehingga Hari Ini

Mary Celeste merupakan salah satu insiden misteri laut yang boleh dikatakan yang terbesar di dunia.

Pada 4 Disember 1872, kapal ini ditemui di Lautan Atlantik dalam keadaan sempurna. Namun yang menjadi misteri apabila tiada seorang pun anak kapal yang ditemukan di dalamnya.

Mary Celeste Kisah Kapal Misteri Yang Masih Belum Dirungkai Sehingga Ke Hari Ini 1

Merupakan kapal dagang yang didaftarkan di bawah kerajaan British pada tahun 1861, Mary Cleeste pada awalnya dinamakan sebagai Amazon sebelum ditukarkan kepada namanya yang sekarang selepas dipindah milik kepada seorang lelaki warga Amerika.

Kapal ini kemudiannya belayar dengan normal sehinggalah pada tahun 1872 yang mana ianya kejadian misteri ini bermula.

BACA: Wanita Yang Dilaporkan Hilang Dalam Kapal Pelayaran Tiba-Tiba Muncul Semula Secara Misteri

Dengan muatan 1,701 tong arak bersama 10 orang kru, kapal ini berlepas ke Genoa, Itali dari New York yang berlepas pada 7 November ini ditemui hampir sebulan selepas keberangkatannya iaitu pada 4 Disember oleh sebuah kapal British, Dei Gratia di kawasan antara Azores dan Portugal.

Kapten kapal Dei Gratia percaya anak kapal Mary Celeste meninggalkan kapal tersebut dalam keadaan tergesa-gesa disebabkan satu-satunya bot penyelamat serta kronometer kapal berkenaan didapati hilang.

Manakala halyard utama milik Mary Celeste ditemui dalam keadaan tergantung dan terputus di bahagian sisi kapal biarpun keadaan dalam kargonya tidak berusik dengan bekalan makanan yang ditemui cukup untuk mengharungi enam bulan pelayaran.

Ada beberapa teori yang menyelubungi kehilangan Mary Celeste antaranya:

  1. Berlakunya letupan di dalam kapal tanpa meninggalkan kesan kebakaran mahu pun jelaga
  2. Kebocoran pada badan kapal menyebabkan kapten kapal mengarahkan agar kesemua anak meninggalkan kapal.
  3. Pengkhianatan anak kapal termasuklah pembunuhan anak kapal oleh kru kapal Dei Gratia.
  4. Penculikan makhluk asing dan serangan sotong gergasi.

Biarpun sudah hampir 149 tahun berlalu, kehilangannya sehingga ke hari ini masih lagi menjadi perbincangan yang tiada kesudahan.

Mary Celeste Kisah Kapal Misteri Yang Masih Belum Dirungkai Sehingga Ke Hari Ini
Monumen memperingati kisah Mary Celeste.

Tonton dokumentari penuh berkenaan dengan kisah misteri Kapal Mary Celester di pautan bawah:

Sumber:

  1. Wikipedia
  2. Smithsonian Magazine
  3. Amirzayyanid