‘The White Tiger’ Papar Sisi Gelap Sistem Kasta Di India

‘The White Tiger’ Naskhah Yang Sangat Menarik Untuk Ditonton

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Diadaptasi daripada novel The White Tiger (2008) oleh Aravind Adiga, filem dengan tajuk sama yang baru sahaja ditayangkan  di Netflix 22 Januari lalu mendapat pujian ramai.

Membawa tema gelap, filem arahan Ramin Bahrani ini membuka mata penonton untuk melihat sisi di sebalik sistem kasta yang sehingga ke hari ini masih lagi dipegang utuh oleh masyarakat di India.

Mendapat rating yang tinggi daripada Rotten Tomatoes iaitu 90%, filem ini mengisahkan mengenai Balram (lakonan Adarsh Gourav) yang bijak namun dek kerana kemiskinan keluarganya, beliau terpaksa melupakan cita-citanya mahu menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

‘The White Tiger’ Papar Sisi Gelap Sistem Kasta Di India 1

Berimpian mahu melihat dunia luar daripada kampungnya di Laxmangarh, Balram percaya impiannya bakal tercapai selepas melihat anak lelaki The Stork (lakonan Mahesh Manjrekar), tuan tanah angkuh yang mengutip hasil daripada penduduk kampung.

Demi keluar daripada kemiskinan, Balram menyusun strategi sehinggalah berjaya bergelar pemandu peribadi kepada anak The Stork, Ashok (lakonan Rajkummar Rao) dan Pinky (lakonan Priyanka Chopra).

‘The White Tiger’ Papar Sisi Gelap Sistem Kasta Di India 3

Konflik bermula apabila Balram dipaksa memikul kesalahan Pinky yang terlanggar seorang kakan-kanak akibat daripada memandu dalam keadaan mabuk.

Menerusi plot yang disusun, penonton boleh melihat bagaimana keadaan sekeliling mempengaruhi keputusan yang dibuat Balram sehinggakan ada sesetengah keputusan yang dibuat beliau terpaksa dipersetujui penonton biarpun hakikatnya ia salah.

Dalam filem ini juga, penonton disajikan dengan masyarakat India yang masih berpegang teguh kepada sistem kelas kasta yang mana adakalanya ia kelihatan sangat tidak relevan dalam kehidupan moden masa kini.

Disusun dengan begitu kemas, filem The White Tiger ini turut disamakan dengan filem Joker dan Parasite kerana membawa konsep yang sama.

‘The White Tiger’ Papar Sisi Gelap Sistem Kasta Di India 2

Secara peribadi, kami gemarkan analogi yang digunakan Balram yang menggambarkan masyarakat kelas bawahan adalah seperti ayam yang dikurung di dalam reban, sentiasa menanti masa untuk disembelih masyarakat di kelas atasan.

Sebelum anda tonton filem penuh di Netflix, apa kata anda tonton dahulu trailer filem The White Tiger di pautan bawah: