Kemiskinan Desak Rakyat Filipina Makan ‘Sampah’

Kemiskinan Desak Rakyat Filipina Makan ‘Sampah’

Tahukah anda, Bank Dunia menjangkakan wabak pandemik COVID-19 akan menyebabkan lebih 2.7 juta rakyat Filipina jatuh miskin? Disebabkan kadar kemiskinan yang semakin meningkat, keadaan ini memaksa sesetengah rakyat Filipina terpaksa menjadikan ‘sampah’ sebagai hidangan harian mereka.

Pagpag

Dikenali sebagai pagpag, ianya merujuk kepada sisa makanan yang diambil daripada tempat pembuangan sampah dan biasanya daripada daripada restoran makanan segera. Boleh jadi dalam bentuk daging beku, ikan atau sayuran.

BACA: Bagaimana Jollibee Mampu ‘Takluk’ Pasaran Makanan Segera Di Filipina Berbanding McDonald’s?

Secara harfiah, pagpag yang membawa maksud ‘membersihkan debu atau kotoran’ yang mana merujuk kepada perbuatan membersihkan kotoran yang ada pada sisa makanan sebelum dimakan terus atau dimasak terlebih dahulu.

Malah ada yang mengambil kesempatan menjana pendapatandengan menjual semula sisa makanan yang dijumpai di kawasan tempat tinggal orang miskin.

Batchoy, mambabatchoy

Dalam sesetengah situasi pagpag disebut sebagai batchoy (makanan berasaskan sup) yang diasaskan daripada hidangan Filipina dengan nama yang sama namun bagi Pagpag batchoy ianya merujuk kepada sisa makanan daripada tong sampah yang dimasak secara berbeza.

Kemiskinan Desak Rakyat Filipina Makan ‘Sampah’ 1
Sumber: Street Food Guy

Manakala gelaran untuk mereka yang mengambil sisa makanan tersebut dipanggil sebagai mambabtchoy.

Risiko

Biarpun beberapa kali pihak Suruhanjaya Anti-Kemiskinan Nasional memberi amaran bahawa pagpag membawa risiko yang besar termasuklah pengambilan racun, kekurangan zat makanan dan penyakit, kadar kemiskinan yang semakin meningkat di FIlipina menjadi punca amaran tersebut tidak diendahkan.

Kemiskinan Desak Rakyat Filipina Makan ‘Sampah’ 2
Sumber: Neat Stuff

Malah penjual Pagpag sendiri mendakwa bahawa tidak ada yang jatuh sakit dan meninggal dunia selepas makan makanan yang mereka jual atas alasan makan pagpag akan mengeluarkan satu antibodi yang membatu tubuh badan menjadi kebal.

Tonton video di bawah untuk lihat sendiri bagaimana proses penyediaan menu pagpag di sana.

Sumber:

  1. Pagpag
  2. SCMP
  3. Asian Boss