1

Wanita Yang Dilaporkan Hilang Dalam Kapal Pelayaran Tiba-Tiba Muncul Semula Secara Misteri

Pada tahun 1998, Amerika Syarikat menjadi gempar apabila seorang wanita, Amy Lynn Bradley dilaporkan hilang secara misteri daripada kapal persiaran mewah.

Pada ketika itu (21 Mac 1998), Amy, 23 tahun bersama keluarganya menaiki kapal persiaran mewah Rhapsody of the Seas menuju Curacao, sebuah pulau di kawasan Laut Carribean.

Wanita Yang Dilaporkan Hilang Dalam Kapal Pelayaran Tiba-Tiba Muncul Semula Secara Misteri 9

Sekitar jam lima pagi, ayah Amy, Ron terbangun dan melihat Amy berada di kawasan balkoni kapal luar bilik mereka.

Sekitar satu jam kemudian, Ron bangun dan panik apabila anak perempuannya tidak kelihatan di kawasan luar balkoni mahu pun bilik. Yang ada cuma kasutnya.

Wanita Yang Dilaporkan Hilang Dalam Kapal Pelayaran Tiba-Tiba Muncul Semula Secara Misteri 2

Setelah gagal menemui Amy di mana-mana kawasan kapal, Ron memberitahu keluarganya mengenai kehilangan Amy sebelum ianya dilaporkan ke pihak pengurusan kapal.

Wanita Yang Dilaporkan Hilang Dalam Kapal Pelayaran Tiba-Tiba Muncul Semula Secara Misteri 8

Pada ketika itu, kapal persiaran berkenaan sudah pun menghampiri pelabuhan Curacao. Keluarga Amy meminta agar semua penumpang diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan turun.

Namun permintaan mereka ditolak.

Selepas berlabuh, pihak pengurusan kapal memulakan usaha mencari Amy bukan sahaja di dalam kawasan kapal, tetapi juga di kawasan perairan yang dilalui. Namun Amy masih juga tidak ditemui.

Wanita Yang Dilaporkan Hilang Dalam Kapal Pelayaran Tiba-Tiba Muncul Semula Secara Misteri 3

Keluarga Amy kemudiannya meminta bantuan daripada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk mengesan Amy namun ianya masih gagal. Tetapi FBI ada mendedahkan bahawa pihak pengurusan tidak mencari Amy di kawasan perairan seperti yang mereka dakwa.

Wanita Yang Dilaporkan Hilang Dalam Kapal Pelayaran Tiba-Tiba Muncul Semula Secara Misteri 5
Lakaran wajah Amy.

Ada beberapa spekulasi dalam insiden kehilangan Amy antaranya Amy sebenarnya telah terjun ke dalam laut dari atas kapal, namun ianya tidak dapat dibuktikan.

Yellow jadi perhatian

Awal siasatan, nama Yellow menjadi perhatian kerana beliau, seorang lelaki merupakan individu terakhir yang dilihat bersama Amy pada malam kehilangan Amy.

Keduanya dilihat berpegangan tangan dan menari semasa Yellow bersama kumpulannya membuat persembahan muzik.

Wanita Yang Dilaporkan Hilang Dalam Kapal Pelayaran Tiba-Tiba Muncul Semula Secara Misteri 7

Wanita Yang Dilaporkan Hilang Dalam Kapal Pelayaran Tiba-Tiba Muncul Semula Secara Misteri 4

Yang menyebabkan Yellow menjadi tumpuan apabila Yellow terlebih awal menzahirkan rasa simpatinya pada ahli keluarga Amy sedangkan pada ketika itu kehilangan Amy belum lagi diketahui ramai.

Kemunculan Amy

Semasa siasatan berlangsung, ada beberapa laporan diterima mengenai kemunculan Amy. Antaranya:

  1. Dalam tempoh 24 jam kehilangan Amy, beliau didakwa telah berinteraksi dengan seorang pemandu teksi di Curacao tentang lokasi telefon awam.
  2. Seorang lelaki memberitahu beliau melihat Amy (menerusi tatu pada badannya) berjalan di kawasan pantai Curacao bersama dua orang lelaki yang mana salah seorang daripadanya memiliki iras Yellow.
  3. Seorang anggota tentera mdakwa Amy pernah cuba meminta bantuan pertolongan daripadanya di sebuah rumah pelacuran. Namun pertemuan itu dibuka selepas beberapa tahun dek kerana bimbang dikenakan tindakan displin.
  4. Amy dilihat berada dalam keadaan ketakutan di dalam sebuah tandas bersama tiga orang lelaki.

Malah FBI sendiri pernah menunjukkan gambar seorang wanita berambut panjan dipercayai sebagai Amy yang sudah bekerja sebagai pelacur di kawasan Carribean.

Wanita Yang Dilaporkan Hilang Dalam Kapal Pelayaran Tiba-Tiba Muncul Semula Secara Misteri 10
Gambar yang dipercayai diberikan kepada FBI.

Susulan itu keluarga Amy percaya ada antara pekerja kapal persiaran tersebut turut bekerja dengan sindiket pemerdagangan manusia.

Walaupun sudah hampir 23 ianya berlalu, keluarga Amy tidak pernah putus harapan mengharap agar Amy ditemui.

Wanita Yang Dilaporkan Hilang Dalam Kapal Pelayaran Tiba-Tiba Muncul Semula Secara Misteri 6

Biarpun ganjaran USD250,000 ditawarkan FBI kepada mereka yang menyalurkan maklumat, Amy sehingga kini masih lagi tidak ditemui.

Sumber:

  1. Wikipedia
  2. Jack Lester
  3. Film Daily