Lelaki Guna Duit i-Sinar Sewa Lori Bawa 1.5 Tan Daun Ketum 2

Lelaki Guna Duit i-Sinar Sewa Lori Bawa 1.5 Tan Daun Ketum

Jika sebelum ini berita melaporkan seorang lelaki menjadi tular selepas membina 11 bonggol di atas jalan raya di sebelah rumahnya gara-gara terganggu dengan bunyi kenderaan jiran.

BACA: Terganggu Dengan Bunyi Kenderaan Jiran, Lelaki Guna Duit i-Sinar Bina 11 Bonggol Atas Jalan

Namun semalam seorang lelaki ditahan apabila menggunakan wang i-Sinar bagi menyewa lori tiga tan untuk membawa 1.5 tan daun ketum ke Seremban, Negeri Sembilan.

Namun cubaannya gagal apabila beliau yang berusia 33 tahun itu ditahan pasukan polis dari Balai Polis Kubur Panjang, Pendang selepas mereka mendapati lori tersebut dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.

Lelaki Guna Duit i-Sinar Sewa Lori Bawa 1.5 Tan Daun Ketum

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 80 karung plastik mengandungi daun ketum bernilai RM22,000 berada di belakang lori yang disewa dengan bayaran RM2,000 untuk satu perjalanan.

Sebelum ini, beliau bekerja sebagai pemandu bas ekspres namun diberhentikan susulan daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Bagi mengelakkan kegiatannya dikesan dan ditahan, beliau menggunakan jalan kampung sebaik sahaja menerima wang i-Sinar pada 9 Januari lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Nak Tanam Ketum Kena Mohon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya

Sebelum ini, di bawah Akta Racun 195, aktiviti tanam ketum tidak menyalahi undang-undang dan hanya termaktub kepada mereka yang memproses dan menjual ketum. Namun dengan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Racun (Pindaan) 2019 ini tanaman ketum hanya dibenarkan tertakluk kepada terma dan syarat.

Pindaan ini dilakukan bag memastikan adanya kawalan yang jelas bagi mengelakkan penyalahgunaannya.

Nak Tanam Ketum Kena Mohon Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya
Sumber: MalaysiaKIni

RUU Racun (Pindaan) 2019 menyediakan peruntukan baharu yang memberi kuasa ke[ada Ketua Pengarah Kesihatan atau Pegawai Penguat Kuasa Farmasi yang dilantiknya, dengan izin pendakwa raya, boleh mengeluarkan kompaun atas kesalahan berkauitan racun dan tumbuhan psikoaktif.

Perlindungan akan diberikan kepada pegawai pelesenan, pegawai diberi kuasa, ahli Lembaga Racun atau orang yang bertindak atas arahan ketika menjalankan tugas mengikut Seksyen 34A akta ini.

Di bawah undang-undang baharu ini, mereka yang disabitkan kesalahan dicadangkan denda maksimum RM200,000 dan penjara tujuh tahun dan tidak melebihi 10 tahun.

Sumber: Harian Metro