‘Boys Over Flowers’ Thailand Sekali Lagi Gandingkan Bright Vachirawit & Win Metawin 5

‘Boys Over Flowers’ Thailand Sekali Lagi Gandingkan Bright Vachirawit & Win Metawin

Kemunculan drama Taiwan Meteor Garden pada tahun 2001 telah mencetuskan satu fenomena luar biasa di dunia.

Dengan kejayaan drama adaptasi daripada manga Boys Over Flowers atau Hana Yori Dango pada tahun 1992 diikuti filem dengan tajuk sama pada tahun 1995, ianya diteruskan dengan adaptasi kepada beberapa versi lain iaitu:

Yang terbaharu, Thailand mengumumkan mereka turut akan menyertai trend adaptasi ini yang diberi tajuk F4 Thailand.

‘Boys Over Flowers’ Thailand Sekali Lagi Gandingkan Bright Vachirawit & Win Metawin 4

Dibarisi pelakon baru popular Thailand, masih lagi tiada pemberitahuan bila F4 Thailand akan mula ditayangkan namun dijangkakan pada pertengahan tahun 2021.

Filem ini mengisahkan mengenai Gorya (lakonan Tu Tontawan) yang diterima masuk ke dalam sebuah sekolah berprestij yang diketuai oleh kumpulan pelajar elit, F4 – empat orang pelajar yang kaya dan kacak.

Sering terlihat membuli pelajar lain, Gorya merupakan satu-satunya pelajar yang berani menentang mereka menebabkan Gorya kemudian menjadi target mangsa buli yang seterusnya.

‘Boys Over Flowers’ Thailand Sekali Lagi Gandingkan Bright Vachirawit & Win Metawin 3

Keadaan menjadi lebih menarik apabila ketua F4, Thyme (lakonan Bright Vachirawit) jatuh suka kepada Gorya namun cintanya ditolak Gorya kerana sikapnya yang angkuh.

Gorya pula mula menyukai salah seorang lagi ahli F4 iaitu Ren (lakonan Dew Jirawat). Dalam segala kekacauan, Gorya akhirnya mula jatuh suka kepada Thyme yang mula menunjukkan perubahan sikapnya.

‘Boys Over Flowers’ Thailand Sekali Lagi Gandingkan Bright Vachirawit & Win Metawin

Menggunakan konsep yang sama, ramai yang teruja menantikan drama ini bagi melihat apakah kelainan yang akan ditampilkan dalam versi Thailand berbanding versi-versi lain.

Sebelum itu, tonton dahulu trailer drama F4 Thailand yang dikeluarkan pihak GMMTV di pautan bawah: