Ada Apa Dengan Trend #SiBodohKauDengarSini 3

Lapar Dan Marah Punca #SiBodohKauDengarSini Jadi ‘Trending’

Trending #SiBodohKauDengarSini di Twitter.

Susulan daripada kecewa dengan ketetapan waktu operasi kedai makan semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0), satu tanda pagar telah menjadi trending di laman media sosial Twitter.

BACA: Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pelaksanaan PKP 2.0 Bermula 13 Januari Ini

#SiBodohKauDengarSini bermula apabila seorang pengguna Twitter mendakwa waktu operasi yang ditamatkan pada jam lapan malam nyata menyebabkan kesukaran pada beliau.

#SiBodohKauDengarSini

Ada Apa Dengan Trend #SiBodohKauDengarSini 2

Daripada satu ciapan, tanda pagar ini diciap lebih 60,000 kali di Twitter secara jelas menyatakan protes kepada tindakan kerajaan yang menghadkan waktu operasi kedai makan.

Ada Apa Dengan Trend #SiBodohKauDengarSini 1
Sumber: Babab.net

Ini kerana ada yang tidak sempat untuk menempah makanan disebabkan terpaksa bekerja melebihi waktu operasi kedai makan yang dibenarkan.

Turut ‘memanggil’ Menteri Keselamatan, Ismail Sabri untuk mendapatkan pendapat rakyat dahulu sebelum melakukan sebarang keputusan, isu berkenaan dengan waktu operasi kedai makan sebenarnya sudah banyak kali diutarakan rakyat.

Malah pihak pekedai sendiri memberitahu mereka terpaksa membatalkan pesanan makanan yang sudah dibuat seawal jam lima petang susulan daripada masa yang terhad.

Seperti yang berlaku di myBurgerLab di Bangsar.

Respon Ismail Sabri

Semalam (19 Januari), Ismail Sabri menjelaskan kerajaan sedang dalam perbincangan untuk mempertimbangkan cadangan orang ramai agar operasi kedai makan dan restoran dilanjutkan sehingga jam 10 malam.

Namun kata beliau, ianya perlu diperhalusi dengan baik kerana perlu dilihat daripada banyak sudut.

“Kita tidak mahu nanti apabila operasi ini dibenarkan, pihak sektor lain pun tidak berpuas hati dan minta juga perkara sama diberi pula.”

SKMM Ditroll

Malah ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan tanda pagar trending #SiBodohKauDengarSini dengan menghasilkan satu poster palsu bagi mentroll Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ada Apa Dengan Trend #SiBodohKauDengarSini