Filem Aksi Itali ‘The Beast’ Tonton Atau Tinggal 1

Filem Aksi Itali ‘The Beast’: Tonton Atau Tinggal?

The Beast atau La Belva merupakan sebuah filem aksi Itali yang menampilkan Fabrizio Gifuni sebagai watak utamanya, Leonida Riva.

BACA: ‘Deliver Us From Evil’Filem Penuh Aksi Pertarungan

Mengisahkan mengenai seorang veteran kumpulan Special Forces yang sedang bertarung dengan trauma masa lalu semasa dalam misi lampaunya yang mengorbankan kesemua ahli pasukannya.

Filem Aksi Itali ‘The Beast’ Tonton Atau Tinggal 2

Tiga tahun bergantung kepada ubatan, Riva terpaksa menjauhkan diri daripada keluarganya kerana keadaannya semakin buruk. Sehinggakan doktornya sendiri memberitahu Riva:

“Saya boleh beri anda ubat sehingga anda lupakan nama anda. Atau kita boleh cuba cara lain.”

Tidak sempat memberikan jawapan, Riva menerima berita anak perempuan bongsunya diculik. Melihatkan tindakan daripada pihak polis agak lambat, Riva akhirnya mengambil inisiatif untuk menjejak anaknya sendiri menggunakan segala yang dia tahu.

Filem Aksi Itali ‘The Beast’ Tonton Atau Tinggal

Di sebalik penculikan anaknya ada organisasi besar yang perlu beliau hadapi sendiri.

Biarpun membawa plot cerita yang menarik, filem The Beast menerima kritikan susulan daripada konsepnya yang menyerupai filem Taken walaupun daripada segi perwatakan watak utama keduanya adalah berbeza.

Sehinggakan ada yang memberitahu baru sahaja menonton di awal filem, sudah mereka ketahui bagaimana filem ini ditamatkan di akhir cerita.

Untuk ketahui apa yang berlaku dan bagaimana plot cerita The Beast ini dirungkai, anda bolehlah tontonnya di Netflix.

Sebelum itu, apa kata anda tonton dahulu trailernya di pautan bawah: